Setelah ujian bagi sayur bayam, kali ini tanaman timun jepun dibuat sebagai percubaan. My wife suka sangat timun nie sebab lebih rangaup dan kurang biji. Biji benih dibeli di Pasaraya Giant batu Caves kalau x silap saya. Kalau x pun kat kedai RM2.. hehehe. Sebagai perbandingan pembesaran, saya gunakan 2 kaedah yang berlainan iaitu .
1. menggunakan kaedah konvensional (atas tanah)
2. Menggunakan kedah Aquaponic
pada asalnya benih saya semai atas tanah pada kotak tanaman yang sediada sebelum dipindah ke kotak tanaman Aquaponic. Gambar diatas yang ditinggalkan untuk kaedah tanaman atas tanah
30/10/2010 :
Anak timun yang ditanam secara tanaman atas tanah sudah sedia untuk memanjat
30/10/2010 :
Anak timun yang telah dipindahkan ke dalam kotak tanaman aquaponic
30/11/2010 : Kaedah Aquaponic :
Tanaman dah mula memanjat junjung yang dibuat menggunakan tali rafia. sudah sampai limit dah pun.. masih nak naik.. kena tambah lagi la gayanya.
Belum ada tanda bunga lagi. mungkin masih awal sbb usianya baru lebih kurang 40 hari.
Anggran Tuai 60 hari..
30/11/2010 : Kaedah Atas tanah:
Perkembangan tetap sama dengan yang
menggunakan kaedah aquaponic.
sama2 tengah bersemangat memanjat junjung n
masih x cukup tinggi lagi.. pun kena upgrade..
Secara Aquaponic
Secara Konvensional
Kedua-dia tanaman sihat dimana daunnya kelihatan sihat namun kurang hijau atau kurang elemen klorofil bagi kaedah aquaponic jika dibandingkan dengan menggukan kaedah atas tanah. mungkin kurang elemen baja kerana atas tanah saya berikan baja. Tindakan susulan dengan menabur sedikit biji baja pada pangkal pokok tanaman secara aquaponic untuk tambahan nutrien pada pokok tanpa menjejaskan kualiti air dan ikan. ini setelah merujuk blog affnan-aquaponic berhubung dengan hal ini.. Tak sabar menunggu hasilnya..
1 comment:
Hi Sir, do you sell seeds for this 'Timun Jepun'?
Post a Comment