Sunday, July 31, 2011

Aquaponics Update [31.07.2011]

Sebelum itu, mohon maaf sbb lama benar tak update.. bayak hal2 yang membantutkan hasrat untuk update blog ini.. Rasanya tak ada apa yang boleh nak update.. tanaman masih sama cuma makin membesar ajelah.. hihi.. cuma just snap beberapa pic sambil2 mengemas laman yang dah lama tak terurus..

overview.. kacang botol masih jugak tak keluarkan bunga.. pokok memanjat bagai nak rak.. 

begitu juga dengan pegaga air nie.. sudah menjadi dominan.. mengalahkan pokok kangkung..

daun kesum pula mulai galak.. pasni penuh la kot kat sini..

ikan talapia pula makin membesar.. kini dah berumur 10 bulan.. baki dalam kolam tinggal lebih kurang 20 ekor je lagi.. dah banyak kena sembelih buat BBQ.. terasa nak bela ikan keli pulak lepas ni..

ini pula hasil tuaian ulam sambung nyawa.. pokok besar sgt dah.. lalu operasi cantas dilakukan pagi tadi.. nak buang sayang pulak.. then wife kata nak buat kerabu.. 

itu aje buat kali nie.. 

Go Green! Go Organics! Go Aquaponics!

P/S :
TERASA NAK BESARKAN KEBUN AQUAPONICS..
MACAM KECIK JE SEKARANG.. 

Timun Mini : Update [31.07.2011]

Alhamdulillah.. Timun mini yang ditanam sudah mulai membesar dan kini sudah berumur lebih kurang 35hari.

 pokok makin menjalar naik.. 

lihatlah.. perlukan tambahan sokongan lagi nampaknya

Warna kuning sudah mewarnai pokok timun mini ini.. tapi masih bunga buang orang cakap.. 


P/S :
Harap2 percubaan kali ini Berjaya..
InsyaAllah

Sunday, July 17, 2011

Ulam Pucuk Beka

Alhamdulillah.. pokok beka dan tumbuh dengan subur dan kian membesar di halaman rumah. benih batang yang diambil dari kampung berjaya hidup. 

Pucuk beka sedap dijadikan ulam. rasanya sedikit pahit. tapi bagi yang menggemarinya pasti mengidamkannya. boleh dijadikan ulam mentah mahupun dicelur. adakalanya juga dijadikan kerabu. pokok ini boleh membesar tinggi melangit. ia akan berbuah dan buahnya juga dijadikan kerabu. tapi untuk ini saya hanya tanam untuk dapatkan pucuknya sahaja.

pucuk yang dah sedikit tua

pucuk muda yang sedia untuk dijadikan ulam
 

P/S :
AMALKAN MAKAN ULAM.. 
INSYAALLAH.. AWET MUDA.. HE! HE!

Duckweed : Sumber makanan alternatif ikan talapia

Duckweed. senang hidup dan cepat mebiak. kini ia menjadi makanan alternatif buat ikan talapiaku. Alhamdulillah.. kira makanan organik la kot..

Duckweed dibiakkan dalam filter chamber. pokok pandan yang sebelum ini terpaksa dipindahkan keluar bagi memberi ruang kepada duckweed.


Closed Up: Duckweed
Ikan Talapia cukup suka makan duckweed. sekejap saja.. terus licin

P/S :
BOLEH DIKONGSI BAGI YANG MAHUKANNYA..

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!