Thursday, March 31, 2011

[31.03.2011] genap 1 tahun Aina' Isyamina bt Abd Rashid

Alhamdulillah Syukur atas segala kurniaan dan rahmatNya.. Hari ini genaplah Aina' Isyamina 1 tahun. sempena itu.. terasa nak publish gambar2 dari awal kelahiran sampai sekarang..

[31.03.2010] Hari pertama ke Dunia

[01.04.2010] hari ke-2.. pulang ke rumah.. bersama kakak2

[12.04.2010] hari ke -13..

[30.04.2010] hari ke 31.. kepala dah botak.. aksi bersama kakak2..

[27.05.2010] bersama Mak Tok..

[12.06.2010].. kenduri Melaka


[31.07.2010] bersama sepupu Darlia a.k.a cik BELL.. acara berjalan ke Kuala Selangor..

[23.08.2010] bersama tok ma.. balik kg

[05.09.2010].. rambut kena trim oleh papa.. hehehe

[11.10.2010].. aksi pagi sebelum pegi sekolah..

[27.11.2010].. berjalan2 ke KLCC

[04.12.2010] bersama cik yu.. visit MAHA 2010

[12.02.2011].. kenduri jiran

[31.03.2011].. Genap 1 tahun syamin.. bersama kakak2 sebelum pergi sekolah...

ALHAMDULILLAH.. 
DAH BESAR DAH ANAK2 PAPA!!!

AINA' IRDINA = 5 TAHUN [13.05]
AINA' IMANINA = 3 TAHUN [07.05]
AINA' ISYAMINA = 1 TAHUN [31.03]

Monday, March 28, 2011

update : Pak Choi [28.03.2011]

[28.03.2011] ini adalah gambar terkini Pak Choi pagi tadi

[23.03.2011] nie gambar minggu lepas selepas buat 'transplanting'

[23.03.2011] pandangan atas selepas 'transplanting'.. nampak tersusun sikit,..

[19.03.2011] Gambar awal sebaik sahaja siap pindah.. 

 [10.03.2011] Gambar awal sebelum buat pemindahan.. 

Harap-harap percubaan ini menjadi.. InsyaAllah

Ahli Baru Sebagai Pengganti : Ikan Kap

Setelah kematian ikan kap tempoh hari.. kini ahli baru sebagai pengganti telah tiba bagi memeriahkan kolam ikanku.. sebanyak 5 ekor dibeli pada kadar RM6 seekor..

Kakak jadi peneman masa nak beli.. iman x leh nak ikut sebab tengah tidur.. hehehe

  

 Gambar ikan kap bersama ikan talapia..

turut dibeli.. anak2 ikan umpan sebagai penambah seri pada 'filter chamber'


Thursday, March 17, 2011

Gelagat Anak-Anak

Karakter anak-anak nie macam2.. time amik gambarla diorang mula beraksi..

Syamin.. dah pandai senyum depan camera.. [aksi kat dapur]

muka comot lepas makan roti inti kacang.. sedapnya.. 


Iman.. suka sangat nganga bila amik gambar.. nampak makanan dalam mulut.. macam2..

Aina.. kakak memang cool.. bab amik gambar dah pandai posing.. 

Bab pergi berjalan.. cukup suka...

yang ni pun tak nak kalah..

time main cukup suka.. especially time dapat pelepasan mcm main hujan.. hehehe

Seronok bila dapat tengok mereka maindan buat kerja sama-sama..

Dan seterusnya.. Tidur sama-sama..

Apapun.. 
PAPA SAYANG ANAK-ANAK PAPA!!

Monday, March 14, 2011

Gunting Rambut...

Setalah sekian lama bertangguh untuk gunting rambut.. akhirnya malam ahad lepas aku gagahkan jua memandangkan dok serabut kepala n kebetulan ada program hari ahad tuh yang memerlukan imej n penampilan kemas.. hehehe.. 

Semestinya anak isteri peneman setia.. siap posing lagi tuh!! Aina & iman.. 

Ikan Talapia Goreng Kunyit

Malam semalam iparku call nak singgah solat maghrib sebelum bertolak balik ke Kelantan.. So stanby untuk makan malam terus.. apa lagi.. sauk aje ikan talapia dalam kolam.. lalu disauk 2 ekor untuk makan malam.

Bab menyiang ni memang aku kena setel kan..

Lalu direndam dalam air asam jawa yang telah disediakn oleh isteri kesayangan

digaul dengan garam dan kunyit.. juga oleh isteriku.. hehehe

Dan hasilnya.. ikan talapia goreng kunyit resepi isteri kesayangan..
Sedap weh.. Segar dari KOLAM!!

Operasi Pembersihan Kolam

Selepas kejadian ikan kap aku mati.. terus buat operasi pembersihan kolam.. takut nanti ikan lain pulak yang terkesan sama.. maka bermulalah operasi

hasilnya air yang jernih, batu yang putih dan ikan talapia yang ceria.. Alhamdulillah..

Cuba bandingkan dengan yang sebelum ini.. 


ikan talapia yang bergelimpangan pada dasar kolam yang dikeringkan.. mas nie la senang nak tengok saiznya dan kira jumlah.. dihitung2 ada dalam lebih kurang 46 ekor..

Ini dia ikan bandaraya.. berada dalam rumahnya : filter chamber

Ma mula berkebun kembali..

tengahari semalam dapat mms daripada adikku, nurul.. diberinya gambar ma tengah berkebun.. katanya dimbil secara curi2.. hahaha.. akhirnya ma mula berkebun semula setelah lama berenti berkebun sejak banjir lepas.. kalau x silap bulan jan lepas lagi ma dok sibuk nak betulkan pagar untuk tanam sayur dan akulah orang sasaran untuk membantunya.. sebagai anak yang mempunyai hobi yang sama sudah tentu akan membantu tanpa alasan. mudahan usaha ma akan membuahkan hasil untuk santapan keluarga.. CAYALAH MA!!.. 

Satu Pelajaran : Ikan Kapku Mati

satu pelajaran yang diperolehi wekend lepas.. tapi modalnya 2 ikan kap mati.. aduss.. tak dapat nak diselamatkan.
ini dia ikan kap.. dulu beli masa kecik RM5 sekor.. sekarang dah besar la jugak.. kesian kat ikan aku nih..

masuk dalam baldi dulu sebelum kebumi.. 

inilah punca kepada kematian.. aku geram sangat kat 'bena putih' nie.. lalu aku spray dengan spray nyamuk yang waterbase.. hasilnya memang bertaburan mati serangga ini.. namun mungkin terlalu geram sangat.. aku spray bayak lah jugak.. tak sedar yang kat bawah tu adalah kolam dan ada ikan yang sensitif pada benda nih.. akibatnya ikan aku terloncat2 mungkin gangguan pernafasan kot. kesian tengok ikan. ini suatu pengajaran buat aku.. maafkan aku sang ikan kap.. Nasib baik ikan talapia maintain je.. lega rasanya.. lasak jugak ikan talapia nih..

Thursday, March 10, 2011

[10.03.2011] Photo Update Ikan Talapia & Pak Choi

Tengahari tadi sempat snap beberapa gambar terkini ikan talapia yang kini mencecah umur 6 bulan





Sambil tu snap sekali gambar terkini 'Pak Choi' dalam growbed.. makin banyak timbul..Alhamdulillah..