Thursday, December 8, 2011

Percubaan: Kacang Tanah

Terpengaruh dengan rakan sepengajian dulu, bro Riwan yang telah menanam kacanga tanah dihalaman rumahnya.. lalu timbul idea untuk menanamnya di bekas tempat roselle dahulu. namun perkembangan awal tanaman ini tidak sempat dirakam. harap maaf..

Alhamdulillah kacang tanah dah pun membesar dan memenuhi kawasan tanaman

closed up

terbaru.. dah mula berbunga..

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

P/S :
menurut laman web pertanian,
 kacang tanah boleh dipungut hasil pada hari ke 100-105 selepas ditanam
fuh.. lagi dua bulan kot kena tunggu..
huhu..

Ikan keli : Update Hari ke 34 [8.12.2011]

sedar tak sedar dah masuk hari ke 34 ikan keli since beli pada 5.11.2011. terasa cepat benar perkembangan ikan keli nih. pagi tadi sempat senap gambar sambil bagi makan pagi.. 

a) sebahagian dalam filter chamber 


b) kelibat dalam kolam utama




- End -

Go Green! Go Organic! GO Aquaponics

P/S :
SEKARANG KENA BEREBUT NGAN WIFE DAN ANAK-ANAK BILA TIME BAGI MAKAN.. HUHU.. SATU FAMILY TERUJA DENGAN IKAN KELI KALI NI.. 
ALHAMDULILLAH..

Bendi Aquaponic Mula Berbunga

Bunga pertama bendi aquaponics dah muncul.. Alhamdulillah
Harap-harap menjadi. InsyaAllah..

Deretan 4 pohon bendi aquaponics.. sekadar cuba-cuba.. pokoknya taklah segemuk mana..tapi daunnya nampak subur..

Go Green! Go Organics! Go Aquaponics!

p/s:
tengah memikir nak tanam apa pulak lepas bendi nih..

Tuesday, December 6, 2011

Bunga Kailan Hong Kong

 Bunga Kailan Hong Kong yang sempat dirakam baru-baru ini sebelum dicantas untuk hidangan

kailan hong kong sebelum bunga kembang

Friday, November 18, 2011

Aquaponics Update [18.11.2011]

Rasanya dah lama tak update set aquaponics.. maklumlah set yang kecik, so tak banyak boleh nak cerita sangat. so far, saya dah upgrade sedikit dengan menambah satu lagi growbed yang turut berkongsi sumber yang sama. sekarang dah jadi 'rumah' tiga tingkat. hihi.. dan satu lagi saya mengubah cara tanaman dengan menggunakan pasu. just amik idea dari bro mahfudz.. hihi..

Overview sistem sekarang.. 

deretan pokok bendi (okra) di dalam growbed yang baru. 

Pokok Pudina (mint) dah stabil dan hidup subur. dah dua kali petik letak dalam hidangan Teh 'O'

Pokok Sambung Nyawa yang baru disemai sudah stabil

Daun Kesum yang baru disemai juga menampakkan hasil yang positif..

Satu-satunya Pokok Kailan Hong Kong.. dah mula nak berbungan.. daunnya agak kekuningan disebabkan sistem tak berapa stabil sebelum ini.

Ok. itu sahaja buat kali ini.. 

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Tuesday, November 15, 2011

Percubaan : Ikan Keli

Setelah sekian lama bertangguh, akhirnya pada 5.11.2011 (Sabtu) projek percubaan ikan keli dapat dimulakan. ini memandangkan ikan talapia tinggal 6 ekor je dalam kolam kat rumah dan lokasi pilihan semestinya Langat Fish Farm. Kali ini bawak satu family.. huhu..


Wife dan 3 puteri yang excited tengok benih keli dalam takungan

70 ekor benih keli pada kadar RM0.10 seekor

Benih keli dan stok makanan, RM10 satu paket @ 2kg


Acara bukak bungkusan.. 

Anak2 yang teruja sekali

Acara Pelepasan 70 ekor Benih Ikan Keli

Mudah-mudahan berjaya. Lagi 2 bulan kita pakat buat BBQ ikan keli..

Thursday, August 4, 2011

Bunga Bayam Hijau

Ini dia gambarnya.. Bunga bayam hijau.. Sedia untuk bekalan benih akan datang

Putik Bendi Merah

Alhamdulillah.. 
ini dia putik bendi merah pertama yang keluar. tidaklah sebesar mana.. 
lagipun pokok taklah sesubur mana.. at least ada gak hasil.. hehe..

Tuesday, August 2, 2011

Tembikai Taiwan: penyediaan sokongan (para)

Alhamdulillah.. 
Tembikai taiwan yang disemai mulai membesar dan menjalar.. disebabkan space yg kecik dlm raised up bed.. para sokongan tepaksa disediakan untuk mereka membesar sihat dan kuat.. hihi..
sebelum ini ada rakan dok tanya kenapa tak tanam tembikai..jadi kebetulan ada beli tembikai taiwan kat pasaraya.. jadi cuba-cuba semai benihnya jika menjadi..

dah seronok nampaknya menjalar..

overview.. kecik aje.. kalau perlu nanti upgrade kemudian

closed up : tembikai taiwan

closed up.. tembikai taiwan

P/S :
DAH MULA TERBAYANG JUS TEMBIKAI..
INSYAALLAH.. MUDAHAN MENJADI

Timun Mini Mula Berputik

Alhamdulillah.. pagi tadi sebelum pegi kerja ternampak putik timun dah muncul.. laluku snap gambar ini untuk tatatpan semua.. Alhamdulillah..

P/S :
MUDAHAN MENJADI..

Sunday, July 31, 2011

Aquaponics Update [31.07.2011]

Sebelum itu, mohon maaf sbb lama benar tak update.. bayak hal2 yang membantutkan hasrat untuk update blog ini.. Rasanya tak ada apa yang boleh nak update.. tanaman masih sama cuma makin membesar ajelah.. hihi.. cuma just snap beberapa pic sambil2 mengemas laman yang dah lama tak terurus..

overview.. kacang botol masih jugak tak keluarkan bunga.. pokok memanjat bagai nak rak.. 

begitu juga dengan pegaga air nie.. sudah menjadi dominan.. mengalahkan pokok kangkung..

daun kesum pula mulai galak.. pasni penuh la kot kat sini..

ikan talapia pula makin membesar.. kini dah berumur 10 bulan.. baki dalam kolam tinggal lebih kurang 20 ekor je lagi.. dah banyak kena sembelih buat BBQ.. terasa nak bela ikan keli pulak lepas ni..

ini pula hasil tuaian ulam sambung nyawa.. pokok besar sgt dah.. lalu operasi cantas dilakukan pagi tadi.. nak buang sayang pulak.. then wife kata nak buat kerabu.. 

itu aje buat kali nie.. 

Go Green! Go Organics! Go Aquaponics!

P/S :
TERASA NAK BESARKAN KEBUN AQUAPONICS..
MACAM KECIK JE SEKARANG.. 

Timun Mini : Update [31.07.2011]

Alhamdulillah.. Timun mini yang ditanam sudah mulai membesar dan kini sudah berumur lebih kurang 35hari.

 pokok makin menjalar naik.. 

lihatlah.. perlukan tambahan sokongan lagi nampaknya

Warna kuning sudah mewarnai pokok timun mini ini.. tapi masih bunga buang orang cakap.. 


P/S :
Harap2 percubaan kali ini Berjaya..
InsyaAllah

Sunday, July 17, 2011

Ulam Pucuk Beka

Alhamdulillah.. pokok beka dan tumbuh dengan subur dan kian membesar di halaman rumah. benih batang yang diambil dari kampung berjaya hidup. 

Pucuk beka sedap dijadikan ulam. rasanya sedikit pahit. tapi bagi yang menggemarinya pasti mengidamkannya. boleh dijadikan ulam mentah mahupun dicelur. adakalanya juga dijadikan kerabu. pokok ini boleh membesar tinggi melangit. ia akan berbuah dan buahnya juga dijadikan kerabu. tapi untuk ini saya hanya tanam untuk dapatkan pucuknya sahaja.

pucuk yang dah sedikit tua

pucuk muda yang sedia untuk dijadikan ulam
 

P/S :
AMALKAN MAKAN ULAM.. 
INSYAALLAH.. AWET MUDA.. HE! HE!

Duckweed : Sumber makanan alternatif ikan talapia

Duckweed. senang hidup dan cepat mebiak. kini ia menjadi makanan alternatif buat ikan talapiaku. Alhamdulillah.. kira makanan organik la kot..

Duckweed dibiakkan dalam filter chamber. pokok pandan yang sebelum ini terpaksa dipindahkan keluar bagi memberi ruang kepada duckweed.


Closed Up: Duckweed
Ikan Talapia cukup suka makan duckweed. sekejap saja.. terus licin

P/S :
BOLEH DIKONGSI BAGI YANG MAHUKANNYA..

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Wednesday, June 29, 2011

Aquaponics : Tambahan Para Kacang Botol

Pokok kacang botol makin galak membesar dan memanjat. para yang ada sudah tidak mencukupi. tambahan para perlu dibuat. Pada hujung minggu lepas kerja-kerja tambahan tersebut berjaya disiapkan.

pandangan pokok kacang botol yang makin galak






P/S :
BILA LA AGAKNYA PUTIK BUNGA NAK KELUAR?

Go Green! Go Organics! Go Aquaponics!