Monday, May 30, 2011

Aquaponics : Pandan Subur Dalam Filter Chamber

Sambil-sambil operasi membersih filter chamber.. sempat snap gambar pokok pandan yang subur menghijau..

Poko Pandan dalam filter chamber..

Lihatlah akarnya.. inipun setelah kena trim.. takut nanti sumbat pam pulak..

P/S : SEKARANG SUPPLY DAUN PANDAN SUDAH SECURED!!

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics


My Potted Garden

last 2 weeks.. acara mengemas halaman dan akhirnya kawasan ini dijadikan kawasan tanaman berpasu yang fokus kepada konsep edible garden.. 

masih serabut.. tapi lebih ok dari sebelum ini.. hehehe


ini pak choy.. daripada set raft system dipindahkan ke dalam pasu.. pasu kecik dibeli di kedai 99 pada harga RM0.59 satu.. ada 10 semuanya.. saje2.. 

yang ini Bendi Merah (red okra).. kita nantikan hasilnya..

P/S : TAK SABAR NAK TENGOK HASILNYA..

Malberi : Semaian Terus Berbuah

Benih Malberi yang diambil dari kampung disemai dalam pasu sebagai penambah koleksi pokok malberi kat rumah. memandangkan ramai peminat malberi.. supply sekarang tidak mencukupi.. terima kasih cik ani, jiran kampung belah wife saya dekat wakaf che yeh kerana sudi berkongsi batang malberi dengan saya.. banyak dapat hari tuh tapi saya simpan dua je.. yang lain bagi kat kakak ipar, tanam kat umah mertua dan tak lupa bagi kat my mums..  

Dapat dua pasu..



Alhamdulillah.. putik buah terus keluar bersama tunas baru.. mungkin benih daripada batang yang matang cepat menghasilkan buah..

P/S : CAMIN CONFIRM SERONOK TENGOK BUAHNYA NANTI.. HEHEHE

Kangkung Aquaponics Goreng..

Kangkung dah cukup besar dan sedia untuk dituai.. kalau lambat nanti keras pulak batangnya..

Kangkung yang subur dalam growbed.

hasil kali ni.. cukup sekali makan..

Menu : kangkung goreng ikan bilis bersama sos tiram

P/S : SERONOKNYA BERKEBUN.. 

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Tuesday, May 24, 2011

Aktiviti Hujung minggu : Art's Day

Aktiviti pagi :
 kakak dan iman dapat lesen untuk main water colour.. beli di kedai 99.. siap baju hujan sebagai apron.. hehehe.. tak nak bagi kotor baju.. suka betul diorang,,

yang si kecik camin nie kasi dia berendam main air.. hehehe.. 

Aktiviti Petang : 
DIY aksesori daripada daun ubi kayu.. buat rantai leher dan gelang.. hehehe.. semua jadi mangsa kreativiti papa zaman kanak-kanak dulu.. sampai anak sedara pun jadi mangsa.. hehehe

P/S : LOVE U ALL!!.. COMEL SANGAT

Peminat Malberi dikesan : Aina' Isyamina..

Camin dah pandai petik sendiri buah malberi.. peminat malberi tegar.. pantang keluar rumah.. terus melulu ke pokok malberi.. hehehe

mmmm.. sedapnya.. aksi setelah berjaya!!


P/S : LEPAS NI PAPA KENA TANAM BANYAK-BANYAK POKOK MALBERI..

gambar hari ini : OTW balik KL dari Kampung


INI BUKAN IKLAN NISSAN GRAND LIVINA.. JUGA BUKAN IKLAM TILAM ATU PAMPERS MAHUPUN KAIN LAMPIN DAN JUGA UBAT NYAMUK.. HEHEHE..
SYOKNYA ANAK-ANAK TIDO.. PERJALANAN BALIK KE KL SETELAH BERCUTI DIHUJUNG MINGGU KAT KAMPUNG..

P/S : SYOKNYA JADI BUDAK-BUDAK NIH.. 

Friday, May 20, 2011

Aquaponics : Kacang Botol mula memanjat..


Alhamdulillah.. Pokok Kacang Botol (Triangle beans) telah menunjukkan kemajuan.. sudah mula memanjat.. tak sabar nak menunggu hasilnya.. lepas nie kena mula baiki junjung untuk mereka memanjant dengan meriahnya..

Ahli Baru : Pokok Kemangi Hijau


Ahli baru untuk edible garden.. Pokok Kemangi Hijau.. pemberian daripada ibu tersayang tatkala pulang ke kampung hujung minggu lepas.. ada rancangan untuk cuba tanam dalam set aquaponic nanti.. ada sesetengah memanggil nama pokok ini sebagai Tulasi, Tulsi, Ruku-Ruku dan juga holy Basil.. apapun ia adalah pokok yang sama. boleh dijadikan ulam dan banyak khasiatnya. untuk lebih detail anda boleh layari beberapa artikel daripada blog lain iaitu blog melur.com dan juga blog ulam raja.

Friday, May 6, 2011

Wakaf : Pemantauan di Jalan Sultan Yahya Petra

Dalam perjalanan ke Lapangan terbang untuk balik ke KL, melalui jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.. terlihat 3 buah wakaf yang pada pengamatan saya dibuat menggunakan kayu terpakai. cantik juga designnya.. mungkin untuk dijual.. lokasinya betul2 bersebelahan dengan CIMB Bank. saje-saje snap untuk rujukan dan untuk dikongsi bersama.. 

Kuartes IPD Pasir Mas : Completed

Rabu lepas berpeluang melawat projek kuarters IPD Pasir Mas.. sekadar menggantikan rakan sepejabat bagi menghadiri mesyuarat membaiki kecacatan akhir (final defect). ini kali pertama melawat projek ini selepas siap dua tahun lepas (9 september 2010).. dulu pernah beberapa kali attend masa peringkat pembinaan dan turut terlibat dalam peringkat pre-contract. Projek yang bernilai lebih kurang RM11 juta dibawah kendalian Pembinaan BLT sdn Bhd. dalam program menaiktaraf kemudahan bagi keperluan kakitangan PDRM.. Kini kediaman kakitangan PDRM jauh lebih selesa berbanding dengan kuarters yang dulu.


Kuarters Kelas D 

Kuarters Kelas E


Kuarters kelas C


Kuarters Transit

P/S:
MUDAHAN PDRM LEBIH BERSEMANGAT MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN AMANAH DAN ADIL

Laman Impian : Suatu Lakaran

Sekadar membuat lakaran tatkala bosan dan tak tahu nak buat apa-apa.. suka buat lakaran apa-apa yang terlintas dalam kepala. sekadar mencetuskan idea dan konsep untuk laman rumah.

Ini lakaran untuk laman depan rumah.. terbahagi kepada 3 bahagian..

Bahagian 1 : Aquaponics garden :
planning nak apply sistem tower untuk section baru... sekarang nie sistem raft dan flood drain dah ada.. terasa nak try sistem tower plak..

Bahagian 2 : laman keluarga Gazebo/wakaf..
 ruang rehat bersama keluarga dan untuk aktiviti luar buat anak2..

Bahagian 3 : Laman Herba,
 untuk tanaman herba mahupun jenis berbuah untuk keperluan dapur yang ditanam secara atas tanah

Lakaran untuk Backyard Garden (laman belakang rumah). 

Plan nak buat laman aquaponic jugak.. plan skali nak letak tong untuk rainwater harvesting.. boleh guna untuk tukar air tangki ikan nanti.. jimat bill air..

P/S :
DOK RANCANG JE .. NAK BUAT TUNGGU BUDGET CUKUP DULU.. INSYAALLAH.. MUDAHAN IMPIAN JADI KENYATAAN SUATI HARI NANTI!!

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Wednesday, May 4, 2011

Kompleks Sukan Paralimpik : Under Construction

21 April 2011 yang lepas, berkesempatan attend site meeting bagi projek kompleks sukan paralimpik yang pertama di Malaysia yang masih dalam pembinaan yang terletak di Kg Pandan, Kuala Lumpur.. ini kali pertama jejakkan kaki ke tapak projek ini. sebelum ini hanya involve peringkat Pre Kontrak sahaja. projek under kementerian Belia dan Sukan.. kompleks ini bernilai lebih kurang 50 juta.. besar betul.. mengandungi 1 blok sukan, 2 blok asrama, 1 blok pentadbiran dan 1 surau.. direkabentuk menepati keperluan atlet Paralimpik..

Pandangan dari tepi Blok Sukan

Pandangan dari dalam Blok Sukan.. kelihatan kolam renang yang telah siap binaan strukturnya dan sedia untuk kerja kemasan. Blok sukan ini menempatkan kolam renang, gelanggang goal ball, Bola Keranjang, Bola Tampar dan gelanggang serbaguna.. yang lain dah lupa.. hehehe..

InsyaAllah.. dijangkakan bulan November 2011 akan siap.. kita nantikan hasilnya nanti..

P/S:
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Gambar Hari Ini : Aina' Imanina Makan Lempeng Cik Yu



Ini dia Aina' Imanina.. Sedang asyik memakan lempeng homemade by Cik Yu.. Gambar diambil pada 14 April 2011 yang lepas.. sedap sangat rasanya sampai begitu semagat iman memakannya.. hehehe.. kegemarannya adalah makan.. favourite adalah Gula-gula.. aktiviti yang paling digemari ialah membuka peti ais untuk mencari makanan yang boleh dimakan.. Imanina yang comel!!

P/S : 
SAJE-SAJE SAMBIL MENUNGGU FLIGHT KAT LCCT KE KOTA BHARU!!

Tuesday, May 3, 2011

Aquaponics : Operasi Menuai Pak Choi..

Wekend lepas.. sayur Pak choi telah dituai untuk menu makan malam.. sebelum tu dicabut beberapa pokok kirim ke kampung bagi kat ma.. kebetulah adikku nurul balik kampung.. kasi rasa hasil aquaponic.. hehehe walaupun tak seberapa..






 tidaklah sesubur mana.. kurus meninggi.. mungkin jarak tanaman terlalu rapat dan persaingan berlaku.. mungkin benih bantut.. mungkin kurang nutrien akibat sistem tak matang.. walaubagaimanapun ianya still ok dan memuaskan.. 

Cukup untuk sekali makan.. 

tanaman suami, masakan isteri.. PAK CHOI..!!

P/S:
BERTANI MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN..

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Paip Air Bocor, Bill Air Melambung

Tengok Saja bill sudah tahu.. penggunaan bulan lepas hanya RM6 sahaja.. tapi kali ni RM 238.65..

Jadi confirm paip bocor bawah tanah.. setelah mendapat nasihat daripada en.zul (kontraktor) agar saya terlebih dahulu mencari punca bocor terlebih dahulu supaya kaedah pembaikan dapat diminimakan. lalu bermulalah acara memcari dan menyelamat!!

lokasi pertama penggalian.. mengesan laluan paip

Paip dikenalpasti.. paip adalah jenis HDPE (poly).. solution lagi senang.. kalau paip GI teruk nanti..

Lokasi ke -2 : tempat paip cuci bersebelahan kolam..

Sambungan paip ditemui.. tiada tanda kebocoran

Lokasi ke 3 : kerja diteruskan lagi mencari sambungan antara paip utama dengan paip cuci..

Sambungan ditemui.. tiada kesan kebocoran.. ishh.. penat menggali..

Akhirnya dipercayai punca kebocoranya berada di bawah ini.. sambungan elbow paip GI (satand paip dari meter) dengan paip HDPE.. maka operasi masuk longkang dijalankan dan ianya CONFIRM!!..

'solution'nya adalah bypass terus dari meter ke main pipe belah dalam..

inilah hasilnya.. sambil2 tu ambil kesempatan mintak kontraktor buatkan satu 'garden tap',.. senang nak siram pokok kat depan.. hehehe
 
ini dia en.zul dan rakannya yang bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja 'bypass'.. tq very much!!

P/S : 
ADALAKALANYA KHIDMAT PAKAR JUGA DIPERLUKAN WALAUPUN MERASAKAN IANYA MAMPU DIBUAT SENDIRI!!.

Jimatkan Air.. Sayangi Air.. Jangan Membazir