Wednesday, June 29, 2011

Aquaponics : Tambahan Para Kacang Botol

Pokok kacang botol makin galak membesar dan memanjat. para yang ada sudah tidak mencukupi. tambahan para perlu dibuat. Pada hujung minggu lepas kerja-kerja tambahan tersebut berjaya disiapkan.

pandangan pokok kacang botol yang makin galak






P/S :
BILA LA AGAKNYA PUTIK BUNGA NAK KELUAR?

Go Green! Go Organics! Go Aquaponics!

Tuesday, June 28, 2011

percubaan timun mini : benih mula bercambah

Alhamdulillah.. Benih Timun Batang mini  yang disemai dalam kotak tanaman telah mulai tumbuh. moga2 percubaan kali ini berhasil.

Benih Pertama yang tumbuh. mula mengeluarkan daunnya yang pertama

Benih daripada F1 hibrid keluaran Green World. Kalau tak silap RM3 untuk satu peket

Lagi tiga benih tumbuh pada lubang semaian yang lain

kotak tanaman yang menjadi kediaman bagi ubi kayu, bayam dan kini timun mini. nanti bolehlah pokok timun nie memanjat pada pokok ubi kayu nanti

P/S :
SUDAH TERBAYANG ULAM TIMUN CICAH BUDU..
NYUM! NYUM!

Monday, June 27, 2011

Percubaan Sirap & Jem Roselle

terpengaruh daripada blog tanamsendiri.com kepunyaan saudara iskandar, dengan berbekalkan buah roselle yang dah tersedia pada pokok roselle yang baru sahaja ditanam dihalaman rumah, saya beranikan diri untuk mencuba resepi berkenaa..hehehe.. saksikanlah hasilnya..

Hasil Tuaian Pertama dan Express

MENU 1 :  SIRAP ROSELL

Hasil Kelopak Buah Rosel daripada 31 biji Roselle yang diperolehi

kelopak buah dimasak dengan air pada kadar 1 gelas roselle : 2 gelas air dan dimasak bersama gula 1 gelas.. boleh tambah lagi jika mahu sirap tadi lagi pekat..

Air mulai bertukar warna kemerah-merahan

mulai menggelegak dan diperlahankan api

air masakan mulai susut menjadi separuh

dah siap untuk dimatikan api dan dibiarkan sejuk sebelum ditapis

Alhamdulillah.. dapat separuh bekas ni Sirap Roselle.. bolehlah 3-4 kali hidang 

Dan ini hasilnya.. Sirap Roselle

MENU 2 : JEM ROSELLE

Sisa tapisan sirap tadi dikisar dengan menambahkan sedikit air dan dimasak semula. 
Turut dimasukkan gula

masakan makin pekat dan sedia untuk disejukkan

dapatlah semangkuk kecil jem roselle buatan sendiri

credit to bro iskandar.. untuk detail.. sila layari blog tanamsendiri.com

P/S :
BERBALOI-BALOI TANAM ROSELLE NIE..

Pokok Kedondong : Dari Bunga Menjadi Buah

kali ini saya sempat untuk merekodkan perkembangan pokok kedondong daripada mulanya bunga hingga jadinya buah.. semua peringkat ada pada satu-satunya pokok kedondong di halaman depan rumah.


peringkat awal bunga kedondong


makin membesar putik bunga

tangkainya semakian melebar

Pabila bunga mulai berkembang

Tatkala Putik mulai menjelma

makin membesar

Bersaiz sederhana

Dah Cukup Matang.. sedia untuk santapan.. 
Actually buahnya agak kecil kerana daripada jenis tanpa biji

P/S :
JUGA ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA!!

Thursday, June 23, 2011

Roselle di halaman hadapan

jangan terkejut dengan gambar ini.. sbb baru 2 minggu lepas semai benih.. hehehe.. dipendekkan cerita, benih yang disemai tumbuh tapi tidak menjadi. tiada satu pun yang berjaya hidup.. ini adalah gambar daripada pokok yang dibeli daripada nursery dekat sungai buloh. wekend lepas punya acara da..

ini dia pokoknya.. 3 pokok dibeli pada kadar RM8 satu.. beli tiga dapatlah diskaun RM1. total RM23/- memang express.. siap dengan buah lagi.. hehehe..

Roselle setelah ditanam di halaman depan rumah yang dah tersedia..

roselle yang masak ranum.. nyum2!


antara closed up gambar yang sempat dirakam..

P/S :
LEPAS NI ACARA JUS ROSELLE

Bayam Hijau Tunggal Nan Subur

ini dia satu-satunya pokok bayam hijau yang tumbuh sendiri dalam kotak tanaman. mungkin benih daripada pokok yang ditanam sebelum ini. saje je dibiarakan tumbuh sorang2.. nanti boleh ambik benih.. subur pulak bayam nih.. tak macam yang ditanam sebelum nie.

tengok saje daunnya.. almost sebesar tapak tangan.. mungkin subur dek arwah2 ikan yang mati semuanya disemadikan dalam kotak tanaman.. hehehe.. geram rasanya nak masuk kuali.. goreng pun sodap!!

view keseluruhan.. almost 2 kaki tinggi.. ia mungkin lagi tinggi till keluar bunga rasanya.. kita nantikannya nanti.. jeng! jeng! jeng!

P/S : 
KALAU SEMUA MACAM NIH.. MEMANG DAHSYAT!!!

Wednesday, June 8, 2011

Tanaman Hidroponic di Cameron Highland

Umpama Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highland, sempat juga meneliti sistem hidroponic yang ada disana.. memang menarik sekali lebih2 lagi untuk orang macam saya yang minat bab bercucuk tanam nih.. hehehe.. antara yang sempat dirakam sepanjang lawatan ke Green View Garden dan Big Red Strawbery Farm.

LOKASI 1 : GREEN VIEW GARDEN

Deretan salad hidroponic..

inlet..

Outlet..

 Butterhead lettuce yang subur..

Sistem hidroponic bertingkat.

Tanaman Tomato hidroponic..

LOKASI 2 : BIG RED STRAWBERY FARM

Deretan Salad & butterhead lettuce hidroponic

Hidroponic's Butterhead lettuces

Inlet : Hidroponic's green salad

inlet..

Outlet..

Support

-End of survey-

P/S :
MOGA MENDAPAT IDEA UNTUK APLIKASI AQUAPONICS..
INSYAALLAH..