Rasanya dah lama tak update set aquaponics.. maklumlah set yang kecik, so tak banyak boleh nak cerita sangat. so far, saya dah upgrade sedikit dengan menambah satu lagi growbed yang turut berkongsi sumber yang sama. sekarang dah jadi 'rumah' tiga tingkat. hihi.. dan satu lagi saya mengubah cara tanaman dengan menggunakan pasu. just amik idea dari bro mahfudz.. hihi..
Overview sistem sekarang..
deretan pokok bendi (okra) di dalam growbed yang baru.
Pokok Pudina (mint) dah stabil dan hidup subur. dah dua kali petik letak dalam hidangan Teh 'O'
Pokok Sambung Nyawa yang baru disemai sudah stabil
Daun Kesum yang baru disemai juga menampakkan hasil yang positif..
Satu-satunya Pokok Kailan Hong Kong.. dah mula nak berbungan.. daunnya agak kekuningan disebabkan sistem tak berapa stabil sebelum ini.
Ok. itu sahaja buat kali ini..
Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!