Monday, December 13, 2010

Percubaan : Teh Malberi

Semasa operasi mencantas pokok malberi.. terlintas untuk menghasilkan teh malberi daripada daunnya. sebelum ni ada terbaca artikel dalam blog berkenaan daun malberi boleh dijadikan teh dan berkhasiat bagi darah tinggi dsbg. jadi mulalah projek percubaan. Harap2 berjaya. Foto : Daun malberi digunting dan dijemur kering.

Pokok Kedondong Kembali Berbunga

 Setelah sekian lama setelah diserang ulat daun tempoh hari, pokok kedondong kembali sihat semula dan mula berbunga. Alhamdulilah...
Pokok Ulam Raja pun dah berbunga dan hasilkan biji benih. lepas nie mulalah operasi tanam semula ulam raja. 

Potong Rumput

Setelah beberapa bulan dibiarkan, akhirnya berjaya kugagahkan diri pada sabtu lepas untuk jalankan operasi potong rumput karpet yang sekangkang kera itu. maklumlah potong guna pemotong tangan kecik je.. hehehe..
inilah hasilnya. berjaya akhirnya.
 nampak kemas. Alhamdulillah





Friday, December 10, 2010

Pokok Daun Lima Riyal (RM5)

Inilah dia pokok Daun Lima Riyal itu.. Kenapa dipanggil sebegitu aku tak tahu dan tak pernah pula nak menanya mak aku. Actually pokok herba nie dibawa dari kampung aku sbb mak aku suruh tanam untuk kegunaan akan datang. dikatakan khasiatnya elok untuk kesan lebam/benjol. Caranya ambil daun dan ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian yang terlibat. InsyaAllah akan beransur pulih.

Cili Mula Mengeluarkan Hasil


Alhamdulillah.. Pokok cili yang ditanam dah mula membuahkan hasil. Mudahan akan lebih produktif lagi. Gambar dirakam tghari tadi (10/12/2010)

Timun Jepun : Mangsa Tikus Perosak

sebelum ini saya ada post berkenaan update timun jepun yang ditanam. Namun pada pagi 2 hari lepas (Rabu) didapati pokok tersebut layu. rupa-rupanya digigit sampai putus batangnya. Mungkin tikus sbb bayak berkeliaran di kawasan perumahan. Aduyai.. Dah x de rezeki untuk pokok yang itu.
 ini gambar putik timun yang telah terhasil pada pokok tersebut yang dirakam pada 4/12/2010
Inilah hasil kerja makluk itu.. gambar dirakam tadi 10/12/2010 selepas 2 hari kejadian 
tinggal kenangan.. Namun ianya cabaran untuk berusaha lagi..
Walaubagaimanapun.. 2 pokok yang ditanam secara aquaponik masih sihat dan berita baiknya ia mula berbunga 

Thursday, December 2, 2010

Percubaan set Hidropic DIY : Tomato Ceri

Baru-baru ni pengubahsuaian set aquaponic dibuat dengan menambah lagi satu tingkat menggunakan baki UPVC Gutter sediada. Namun timbul idea untuk aplikasi kaedah hidroponic pulak. Walaubagaimanapun, ia tetap menggunakan flow yang sama sebagaimana aquaponic sebelum ini. Hasilnya seperti ini.


Pada Awal pembikinan, paip melalui tepi gutter tersebut dan ia memaksimumkan bilangan pot tanaman. namun ia menyukarkan kerja-kerja pembersihan, satu pot terpaksa dikorbankan bagi memberi ruang filter box yang mana senang utk penyelenggaraan nanti. Tanaman tomato ceri dipilih bagi tujuan ujian. sebelum ini benih kailan ditabur tapi gagal untuk tumbuh. maybe benih x elok. lagipun beli kat kedai RM2 je.. hehehe.. kali ni beli betul2 kat kedai jual keperluan pertanian.



Alhamdulillah.. tengah hari tadi sempat menjenguk dan didapati benih telah bercambah. Maknanya benih kailan sebelum ini betul2 rosak. moralnya kena beli yang elok baru hasilnya elok. hehehe..


ini pula set aquaponic pada bahagian bawah. cuba tanaman kangkung. so far dah tumbuh. harap2 subur.

Wednesday, December 1, 2010

update : Tanaman Timun Jepun (Japanese Cucumber)

Setelah ujian bagi sayur bayam, kali ini tanaman timun jepun dibuat sebagai percubaan. My wife suka sangat timun nie sebab lebih rangaup dan kurang biji. Biji benih dibeli di Pasaraya Giant batu Caves kalau x silap saya. Kalau x pun kat kedai RM2.. hehehe. Sebagai perbandingan pembesaran, saya gunakan 2 kaedah yang berlainan iaitu . 
1. menggunakan kaedah konvensional (atas tanah)
2. Menggunakan kedah Aquaponic
pada asalnya benih saya semai atas tanah pada kotak tanaman yang sediada sebelum dipindah ke kotak tanaman Aquaponic. Gambar diatas yang ditinggalkan untuk kaedah tanaman atas tanah


30/10/2010 :  
Anak timun yang ditanam secara tanaman atas tanah sudah sedia untuk memanjat






30/10/2010 :  
Anak timun yang telah dipindahkan ke dalam kotak tanaman aquaponic


30/11/2010 : Kaedah Aquaponic : 
Tanaman dah mula memanjat junjung yang dibuat menggunakan tali rafia. sudah sampai limit dah pun.. masih nak naik.. kena tambah lagi la gayanya. 
Belum ada tanda bunga lagi. mungkin masih awal sbb usianya baru lebih kurang 40 hari. 
Anggran Tuai 60 hari..














30/11/2010 : Kaedah Atas tanah: 

Perkembangan tetap sama dengan yang 
menggunakan kaedah aquaponic. 
sama2 tengah bersemangat memanjat junjung n 
masih x cukup tinggi lagi.. pun kena upgrade..















Secara Aquaponic

Secara Konvensional


Kedua-dia tanaman sihat dimana daunnya kelihatan sihat namun kurang hijau atau kurang elemen klorofil bagi kaedah aquaponic jika dibandingkan dengan menggukan kaedah atas tanah. mungkin kurang elemen baja kerana atas tanah saya berikan baja. Tindakan susulan dengan menabur sedikit biji baja pada pangkal pokok tanaman secara aquaponic untuk tambahan nutrien pada pokok tanpa menjejaskan kualiti air dan ikan. ini setelah merujuk blog affnan-aquaponic berhubung dengan hal ini.. Tak sabar menunggu hasilnya.. 

Ahli Baru : Pokok Malberi


Alhamdulilah.. setelah sekian lama tertarik dengan pokok Malberi ini lebih-lebih lagi setelah terbaca satu isu mari berkebun dalam majalan LAMAN IMPIANA, akhirnya berjaya untuk dapatkannya. pokok dibeli dari satu nursery dalam kawasan taman perumahan yang aku duduki. Yang 'best'nya pokok dah siap berbuah dan masak. harap2 lepas nie akan terus berbuah berterusan. kos pokok ni spt berikut :

1. Pokok Malberi  (RM8.00 x 3 nos) =   RM20.00   (diskaun RM4 sbb beli pakej 3.. hehehe)
2. Pasu saiz Sederhana                       =   RM  8.00
3. Tanah Siap Campur (3 beg)            =   RM  5.00
                                       Jumlah       =   RM 33.00