Thursday, August 12, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum semua,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
*
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Berdasarkan perenggan ke-3 di atas, saya memohon maaf di atas segala perbuatan dan perkataan yang menyinggungkan hati, baik yang tidak di sengaja mahupun yang disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA AL-MUBARAK


dari kami sekeluarga


-Abd Rashid Makhtar-

-Suzila Yusof-

-Aina' Irdina Abd Rashid-

-Aina' Imanina Abd Rashid-

-Aina' Isyamina Abd Rashid-

Monday, August 2, 2010

Wakaf & Pergola : Pemerhatian

Elemen seterusnya untuk dibina bagi melengkapkan taman aku adalah wakaf/pergola.. masih dalam peringkat penelitian rekabentuk. so far aku dah buat homework dengan tengok mana2 tempat yang aku lawati untuk dijadikan sampel.

Sampel 1 : Machang, Kelantan

Ada satu kediaman bertempat di Jalan Pangkal Meleret, machang. kebetulan mak aku nak beli pasu bunga yang 'factory reject' due to minor defect.. harganya memang murah sbb mak aku nak pasu yang besar.. kalau x silap rm10 sebiji utk yang bersaiz besar.. sambil mak aku sibuk memilih pasu sempat aku pusing2 rumah owner nursery tu.. beberapa gambar aku ada snap untuk rujukan akan datang.

ini adalah pergola kayu dengan 'covering polycarbonate'.. yang menariknya pemilik ini menggunakan kayu terpakai yang diketam semula. cuma tiangnya tidak diketam dan dikekalkan sebagimana asal. nampak cukup klasik


kalau diperhatikan pada pergola ini, tiada kayu 'tie' dilekat pada dinding bagi menampung bilah2 kayu pergola. saya andaikan pemilik ini menggunakan 'tie bar' pada dinding dan kayu tersebut. idea yang menarik bagi saya.



wakaf kayu dengan penutup 'polycarbonate' siap dengan bangku juga dibina dengan menggunakan kayu terpakai. memang cantik bila diketam dan dikemaskan dengan kemasan cat atau syelek/varnish yang bersesuaian.



wakaf ini menjadi pelengkap kepada elemen airnya yang turut diserikan dengan pancutan air dari tempayan besar yang cukup cantik.. pancuran air pada gigian kolam juga menarik untuk dipraktikkan jika elemen fountain tidak digunakan.


turut dibina adalah sebuah wakaf konkrit. ini kali pertama aku melihat wakaf sebegini.. idea yang menarik jika ingin menggunakan konsep 'urban'.. opening dibuat bagi laluan pokok.. very nice..


Sampel 2 : RnR Sungai Perak (PLUS)

kalau tak silap gambar ni diambil tahun lepas.. semasa kami sekeluarga ke UUM sbb my wife ada site visit dekat sana. kerja sambil bercuti.. singgah sebentar di RnR Sungai Perak untuk sarapan. terlihat pada pergola disitu. lalu aku snap untuk rujukan.

mild steel pergola with polycarbonate covering. walaupun aku punya intention untuk pergola kayu.. ini sekadar rujukan kaedah pembinaan sahaja. look into their component.

sempat jugak aku ambik picture untuk elemen kolam. sekadar sebahagian koleksi peribadi.

InsyaAllah.. kalau jadi akan aku post my own pergola later!!..