Sunday, August 5, 2012

Putik Kacang Hijau

Alhamdulillah.. 
Pokok kacang hijau iman dan mula berputik. 
inilah dia rupa putik kacang hijau bagi sesiapa yang belum pernah melihatnya..

Peria Katak Aquaponics : Bunga Jantan & Bunga Betina

Sebelum ini saya ada post berkenaan bunga sulung peria katak aquaponics, blogger bang chik & kak dah ada menyebut berkenaan bunga jantan dan bunga betina dalam komennya. lalu terfikir bagaimana rupanya bunga tersebut. setelah diperhati rupa-rupanya bunga sulung tersebut adalah bunga jantan.

Alhmadulilah setelah diperhati terdapat 1 sahaja bunga betina.

Ini dia rupa bunga betina sulung yang sedang kembang.

Bunga betina peria katak
Ini pula bunga betina sebelum kembang dengan berlatarkan bunga jantan yang sedang kembang.

P/S:
Memang benar cakap Bang Chik & Kak dah yang  banyak bunga jantan daripada bunga betina yang muncul. Apapun harap2 yang ini menjadi. InsyaAllah.

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Pegaga Tumbuh Melata di Halaman

Halaman depan rumah yang dahulunya dipenuhi dengan rumput karpet kini telah betukar wajah apabila pokok pegaga mengambil alih ruangan tersebut. ia tumbuh sendiri tanpa kawalan.

Lihatlah betapa meriahnya pegaga ini.

Rumput pun terpaksa mengalah

Ini dia rupa bunga pegaga bagi sesiapa yang belum melihat rupanya.