Setelah sekian lama terbengkalai projek pagar kayu.. Alhamdulillah, akhirnya pada 30/10/2010.. dekorasi terbaru, pagar kayu dapat disiapkan..
Pagar kayu yang telah disiapkan sendiri dengan menggunakan kayu terpakai
terdahulu pagar chainlink asal telah dipotong dan dinding bata didirikan sebagai sebahagian planter box untuk tanaman bahagian dalam dan luar akan datang .. kerangka kayu dipasang menggunakan kayu 2"x 3" terpakai sediada masih dalam simpanan
Kelengkapan kerja : tukul, paku, gergaji, timbang air
bahan-bahan kerja : kayu papan terpakai (penyokong katil), pvc netting
Pembantu : Imanina.. setia menyokong usaha papanya..
kayu papan dipotong mengikut ukuran ketinggian yang diperlukan.
Kayu pagar yang telah siap dipotong dan sedia untuk dipakukan pada kerangka.
PVC netting dipasang terlebih dahulu bagi tujuan menghalang binatang perosak spt tikus dll. masuk menerusi celahan pagar nanti.
Pagar yang telah siap. Tinggal finishing je lagi..
Pandangan dari dalam..
Next Project : Planter box yang belum disiapkan lagi. tinggal kemasan dan tanam semula..
1 comment:
thumbs up!
Post a Comment