Monday, June 27, 2011

Percubaan Sirap & Jem Roselle

terpengaruh daripada blog tanamsendiri.com kepunyaan saudara iskandar, dengan berbekalkan buah roselle yang dah tersedia pada pokok roselle yang baru sahaja ditanam dihalaman rumah, saya beranikan diri untuk mencuba resepi berkenaa..hehehe.. saksikanlah hasilnya..

Hasil Tuaian Pertama dan Express

MENU 1 :  SIRAP ROSELL

Hasil Kelopak Buah Rosel daripada 31 biji Roselle yang diperolehi

kelopak buah dimasak dengan air pada kadar 1 gelas roselle : 2 gelas air dan dimasak bersama gula 1 gelas.. boleh tambah lagi jika mahu sirap tadi lagi pekat..

Air mulai bertukar warna kemerah-merahan

mulai menggelegak dan diperlahankan api

air masakan mulai susut menjadi separuh

dah siap untuk dimatikan api dan dibiarkan sejuk sebelum ditapis

Alhamdulillah.. dapat separuh bekas ni Sirap Roselle.. bolehlah 3-4 kali hidang 

Dan ini hasilnya.. Sirap Roselle

MENU 2 : JEM ROSELLE

Sisa tapisan sirap tadi dikisar dengan menambahkan sedikit air dan dimasak semula. 
Turut dimasukkan gula

masakan makin pekat dan sedia untuk disejukkan

dapatlah semangkuk kecil jem roselle buatan sendiri

credit to bro iskandar.. untuk detail.. sila layari blog tanamsendiri.com

P/S :
BERBALOI-BALOI TANAM ROSELLE NIE..

4 comments:

mahfudz mn said...

Menarik...memang menarik resepi nih. Aku mmg suka betul dengan air/jus roselle. Soalan cepu emasnya adalah, bila nak allocate tempat untuk roselle tu dalam setup aquaponic tu? Hehehe

rashid said...

apa lagi tuan.. jom kita ber'roselle'.. bab roselle utk set aquaponics tuh ada juga dlm planning tapi setup x cukup.. kena buat setup growbed yang baru.. tunggu budget dulu.. hehehe

Bangchik and Kakdah said...

Huh, akhirnya jus dan jem roselle buatan sendiri. Tahniah

rashid said...

tq bangchik & kak dah.. masih belajar, lebih2 lagi dengan otai macam tuan/puan..huhu