Thursday, December 8, 2011

Percubaan: Kacang Tanah

Terpengaruh dengan rakan sepengajian dulu, bro Riwan yang telah menanam kacanga tanah dihalaman rumahnya.. lalu timbul idea untuk menanamnya di bekas tempat roselle dahulu. namun perkembangan awal tanaman ini tidak sempat dirakam. harap maaf..

Alhamdulillah kacang tanah dah pun membesar dan memenuhi kawasan tanaman

closed up

terbaru.. dah mula berbunga..

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

P/S :
menurut laman web pertanian,
 kacang tanah boleh dipungut hasil pada hari ke 100-105 selepas ditanam
fuh.. lagi dua bulan kot kena tunggu..
huhu..

Ikan keli : Update Hari ke 34 [8.12.2011]

sedar tak sedar dah masuk hari ke 34 ikan keli since beli pada 5.11.2011. terasa cepat benar perkembangan ikan keli nih. pagi tadi sempat senap gambar sambil bagi makan pagi.. 

a) sebahagian dalam filter chamber 


b) kelibat dalam kolam utama




- End -

Go Green! Go Organic! GO Aquaponics

P/S :
SEKARANG KENA BEREBUT NGAN WIFE DAN ANAK-ANAK BILA TIME BAGI MAKAN.. HUHU.. SATU FAMILY TERUJA DENGAN IKAN KELI KALI NI.. 
ALHAMDULILLAH..

Bendi Aquaponic Mula Berbunga

Bunga pertama bendi aquaponics dah muncul.. Alhamdulillah
Harap-harap menjadi. InsyaAllah..

Deretan 4 pohon bendi aquaponics.. sekadar cuba-cuba.. pokoknya taklah segemuk mana..tapi daunnya nampak subur..

Go Green! Go Organics! Go Aquaponics!

p/s:
tengah memikir nak tanam apa pulak lepas bendi nih..

Tuesday, December 6, 2011

Bunga Kailan Hong Kong

 Bunga Kailan Hong Kong yang sempat dirakam baru-baru ini sebelum dicantas untuk hidangan

kailan hong kong sebelum bunga kembang

Friday, November 18, 2011

Aquaponics Update [18.11.2011]

Rasanya dah lama tak update set aquaponics.. maklumlah set yang kecik, so tak banyak boleh nak cerita sangat. so far, saya dah upgrade sedikit dengan menambah satu lagi growbed yang turut berkongsi sumber yang sama. sekarang dah jadi 'rumah' tiga tingkat. hihi.. dan satu lagi saya mengubah cara tanaman dengan menggunakan pasu. just amik idea dari bro mahfudz.. hihi..

Overview sistem sekarang.. 

deretan pokok bendi (okra) di dalam growbed yang baru. 

Pokok Pudina (mint) dah stabil dan hidup subur. dah dua kali petik letak dalam hidangan Teh 'O'

Pokok Sambung Nyawa yang baru disemai sudah stabil

Daun Kesum yang baru disemai juga menampakkan hasil yang positif..

Satu-satunya Pokok Kailan Hong Kong.. dah mula nak berbungan.. daunnya agak kekuningan disebabkan sistem tak berapa stabil sebelum ini.

Ok. itu sahaja buat kali ini.. 

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!