Monday, September 15, 2008

++ buka puasa @ family ++

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini... tiba giliran kami sekeluarga menjemput ahli keluarga terdekat untuk majlis berbuka dan dilakukan pada 13hb sept 2008 (sabtu).. berkebetulan dengan kereta baru.. turut diadakan solat hajat.. boleh tahan jugak persediaan untuk berbuka puasa.. dari pagi pergi ke pasar tani dan mulakan program memasak jam tengahari.. Alhamdulillah ada adik (auntie yati) membantu.. menunya agak simple..
1. Nasi Ayam
2. Sira Labu
3. Puding Pandan
4. Puding Cocktail
5. Bubur Kacang
6. Buah-buahan tempatan : tembikai, honeydew + pisang (pak anjang)
7. Bubur kacang
8. Turkish Delight
with almond (abg dan yang baru balik dari istanbul)
8. Air Jus Anggur +
Air tebu (ust. Mat)
9. dll. yang x dapat nak sebut dah

thanks to my lovely wife... makin lama makin hebat memasak.. kalau tuan-tuan tengok gambar pun sudah tentu tak tahan.. Alhamdulillah.. inilah yang dikatakan rezeki Ramadhan.. dapat berkumpul sekali-sekala sesama ahli keluarga. maklumlah.. ramai adik beradik dan ipar-duai yang ada kat KL nie.. mohon maaf kat rakan-rakan yang lain sebab x dapat nak jemput sekali.. almaklumlah.. rumah kecik je.. InsyaAllah.. ada rezeki.. lain kali bolehlah jemput nanti.
p/s - im.. kalu ko datang aku buatkan sira pisang lok.. hehehe!










my new MPV

Alhamdulillah.. setelah menunggu hampir 3 bulan.. akhirnya berjaya jugak dapat MPV baru bagi menggantikan mini MPV KIA Picanto yang telah berkhidmat hampir 4 tahun.. memandangkan keperluan keluarga akibat pertambahan bilangan ahli keluarga dan juga keperluan 'bisnes'.. mahu tidak mahu.. kenalah tukar jugak.. setelah meneliti beberapa pilihan.. akhirnya Nissan Grand Livina 1.6 (A) menjadi pilihan.. walaubagaimanapun.. untuk memilikinya.. boleh tahan jugak sakit kepalanya.. hutang kereta lama yang masih banyak compare dengan market price utk picanto, interest bank yang makin naik, etc.. untuk dipendekkan cerita.. semuanya dapat diatasi.. dan pada 12hb september 2008, kereta dapat didaftarkan di JPJ.. alhamdulillah.. dapat nombor plate cantek gak.. dah rezeki.. x beli pun.. segala urusan selesai lebih kurang jam 5 petang (selepas selesai tinted n pasang floor matt).. thanks to my lovely wife.. hopefully this will become our anniversary gift! this coming 18th september, our 8th anniversary and also her coming birthday this 5th october.. plus dah dekat nak raya.. kete raye la.. apapun.. mudah2an Allah SWT akan merahmati keselamatan kami sekeluarga dan menjauhi dari segala kecelakaan dan mudharat.. amin.. dikesempatan ini, jutaan terima kasih buat rakan- rakan yang membantu dan memberi sokongan especially geng2 office s.a bro rozan.. tak lupa buat salesman.. bro fendi.. terima kasih atas usaha anda.. mohon maaf atas sebarang kesulitan..jangan lupa uruskan full settlement ASAP.. hehehe!

Friday, September 12, 2008

new Proton MPV

here is current image for Proton MPV.. thanks my friend zaki for fowarding this image.. however, i'll still stick on my Nissan Grand Livina.. hehehe! insyaallah hari nie dapat.. anyway.. just to share with u all on Proton MPV


Thursday, September 11, 2008

family day @ langkawi Part 1 - 28/8/2008

tahun nie.. destinasi Family Day my office, AIA Associates memilih Langkawi. Bumi lagenda Mahsuri.. program bercuti cum honeymoon yang ditaja memang dinanti.. last year @ kuching, sarawak.. this year.. not bad la.. langkawi.. last year masa kat kuching anak sorang.. aina' irdina (aina') .. this year. anak dua.. aina' imanina (iman).. perjalanan yang panjang bermula jam 12malam (27/8/2008) secara berkonvoi siap ber'walkie-talkie' dari KL ke jeti kuala perlis.. tiba kat sana pun dah pukul 6 pagi n terus masuk feri utk 7 pagi.. baby iman masih tido.. kakak dia, aina kena kejut.. walaupun ngantuk.. tapi cukup excited aina' melihat feri n air laut.. nie yg seronok bawak budak2.. perjalanan menaiki feri agak merungsingkan.. bimbang budak2 nie mabuk laut ke.. muntah ke.. tapi.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. tiada episod muntah.. dari kuala perlis ke langkawi, aina x tido pun.. lali gitu2 je.. mungkin excited first time naik feri. dah dekat nak sampai.. iman mula bukak mata.. mungkin terkejut dok dalam feri.. bulat bijik mata.. walaupun agak sepet sikit compare ngan kakak dia.... setelah selama 1 jam naik feri, tibalah ke jeti pekan kuah.. pergh!! boleh tahan jugak lamanya.. kalau naik kat kuala kedah.. lagila.. 1 1/2 jam.. Alhamdulillah.. setibanya sampai.. terus pakat bersarapan kat kedai mamak kat jeti kuah.. semua pekena roti canai.. sementara menungu kereta sewa ready.. 4 bijik kereta disewa.. 2 nissan sentra + 2 toyota vios.. mine nissan sentra.. maklumlah.. kat semenanjung pakai kete kecik.. nak jugakmerasa pakai kereta besor! hahaha.. sewa rm100 sehari.. maklumlah musim cuti sekolah.. nie pun member fahmi shamsuddin (spinner).. firts activity for the day.. pakat isi minyak kereta looo.. semua dah takat menyala dah... then terus ke Langkawi Underwater World..wow! sudah berwajah baru rupanya.. dah berubah.. last time visit tahun 2004 masa kat UTM.. Sampai je kat situ aina baru je tido.. penat kot.. kesian dia.. tapi terpaksa kejutkan.. rugi nanti.. terus kejut.. alhamdulillah.. aina terus excited coz cakap nak tengok fish!!.... memang seronok n puas hati masuk underwater world.. especially bersama anak2 yang tengah excited.. since dia baru je kenal binatang melalui buku, tv n cd.. mcm2 ada kat sana.. kalau sape2 yang ada anak kecik.. bolehlah berkunjung ke sana.. hari pertama @ langkawi x banyak aktiviti.. balik dari underwater world, terus pakat bungkus nasi goreng ayam utk makan kat hotel.. balik hotel, rehat + tido.. petang baru g jalan2 kat pekan kuah.. mana lagi kalu bukan Idaman Suri.. shopping barang dapur s.a sudu, pinggang mangkuk etc.. mabuk sudu jadinya.. murah n menarik.. untuk yang dah berkeluarga memang sinilah destinasi wajib.. pada malamnya acara makan malam n terus balik hotel utk berehat.. penat travel x hilang lagi..END OF PART 1

Wednesday, September 10, 2008

++ first note ++

Assalamualaikum.. thanks to my friends, im.. who inspired me to create this blog.. my future post will begin.. stay tuned..