Monday, September 15, 2008

++ buka puasa @ family ++

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini... tiba giliran kami sekeluarga menjemput ahli keluarga terdekat untuk majlis berbuka dan dilakukan pada 13hb sept 2008 (sabtu).. berkebetulan dengan kereta baru.. turut diadakan solat hajat.. boleh tahan jugak persediaan untuk berbuka puasa.. dari pagi pergi ke pasar tani dan mulakan program memasak jam tengahari.. Alhamdulillah ada adik (auntie yati) membantu.. menunya agak simple..
1. Nasi Ayam
2. Sira Labu
3. Puding Pandan
4. Puding Cocktail
5. Bubur Kacang
6. Buah-buahan tempatan : tembikai, honeydew + pisang (pak anjang)
7. Bubur kacang
8. Turkish Delight
with almond (abg dan yang baru balik dari istanbul)
8. Air Jus Anggur +
Air tebu (ust. Mat)
9. dll. yang x dapat nak sebut dah

thanks to my lovely wife... makin lama makin hebat memasak.. kalau tuan-tuan tengok gambar pun sudah tentu tak tahan.. Alhamdulillah.. inilah yang dikatakan rezeki Ramadhan.. dapat berkumpul sekali-sekala sesama ahli keluarga. maklumlah.. ramai adik beradik dan ipar-duai yang ada kat KL nie.. mohon maaf kat rakan-rakan yang lain sebab x dapat nak jemput sekali.. almaklumlah.. rumah kecik je.. InsyaAllah.. ada rezeki.. lain kali bolehlah jemput nanti.
p/s - im.. kalu ko datang aku buatkan sira pisang lok.. hehehe!










3 comments:

duta said...

ala... pujian sebab dapat tinted kereta kan?

a_shade said...

memang betul la.. x de kaitan pun ngan tinted tu.. hehehe

duta said...

macam pernah tgk menu ni kat PARAM taman melawati je? i pun leh cakap masak sendiri!