Tuesday, April 26, 2011

update : Raft System [26.04.2011]


Ini dia update terkini DIY Raft System.. gambar pagi tadi masa nak pegi kerja.. warna hijau dah mula mewarnai filter chamber.. tapi ada beberapa pot yang tidak bercambah benihnya.. antara faktor yang dapat saya pelajari ialah jangan bagi benih berendam dalam air.. elakkannya kerana ia boleh merosakkan benih dan membantutkan pertumbuhan biji benih.. jadi isikan LECA dalam pot hingga ke paras air.. then barulah diletakkan benih di atas lapisan tisu bagi elakkan daripada tenggelam.. lepas itu cover balik dengan LECA semula. bagi pot yang tidak tumbuh saya cuba letak benih Kailan hong kong.. kita tunggu je perkembangannya nanti..saya dapat rasakan kali ini Pak Choy akan lebih berjaya.. InsyaAllah..

p/s mintak maaf buat rakan-rakan aquaponics malaya sebab lama tak update.. especially bro mahfudz!!.. hehehe.. 

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

No comments: