Thursday, April 28, 2011

Edible Garden : Ulaman Di halaman Rumah

Konsep Edible garden adalah konsep lanskap dan pemilihan jenis tanaman di halaman rumah. Ia amat berguna dan tak perlu bersusah untuk membeli di pasar.. hanya pelu petik sahaja bila perlu..berikut adalah antara pokok ulam-ulaman yang ada dihalaman rumah saya.

Ulam Raja : ditanam dalam set aquaponics.. dikatakan berkhasiat dan baik untuk rahim bagi wanita

Daun Kesum : ditanam secara atas tanah dan juga dalam set aquaponics.. biasanya digunakan dalam masakan  spt asam pedas. turut digunakan sebahagian dalam ulaman nasi kerabu mahupun laksa. saya juga turut amalkan makan terus bersama nasi.. sedap juga.. terasa pedas-pedas sikit.. boleh cuba..

Pucuk Ubi Kayu : Ada 3 pokok semuanya.. benih diambil dari kampung.. dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang..

Pucuk Kari : mungkin pelik bagi yang tak biasa.. jika dicuba rasanya enak juga.. terasa kari bila dikunyah

Ulam Raja : boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam dan boleh juga dibuat kerabu..

Pucuk Kedondong : Mungkin pelik bagi yang tak biasa.. tapi jika dicuba pasti terkejut.. rasanya enak sekali.. sedikit masam-masam rasa seperti buah kedondong.. pucuknya lembut sekali.. enak dimakan terus mahupun bersama nasi sebagai ulam..

P/S :
BERKHASIAT DAN MENJIMATKAN LAGI MENYIHATKAN!!!

Go Green! Go Organic! Go Aquaponic!

5 comments:

Ummi Aisyah said...

wah rashid, hebat la... leh ke gi umah hang pastuh belajar pasal ulam ulaman.. patutla korang berdua maintain awet muda... makan ulam banyak.... banyak info la dapat dari blog ni... bagus... share lagi ye info2 best camnih... ;-)

rashid said...

x lah hebat mana.. sekadar tahu gitu2 je.. sekadar berkongsi.. mana tahu makin ramai lagi boleh jadi awet muda.. hehehe.. tq for visit.. kalau nak dtg umah bgtau..

Malar said...

So many ulam! Me too hv to go ur house to learn abt ulam!
Nampak segar!

rashid said...

hehe.. thats we call edible garden.. growing something we could use for our plate..

detik sinergY said...

Thniah. Makan ulam yg segar dri hasil tangan sediri.

Ingin Berbekam? Boleh buat temujanji dengan kami

Like FB Bekam & Sauna Famili