Friday, October 1, 2010

komponen baru : pelantar kayu

memandangkan kolam sekarang menjadi tumpuan.. jadi aspek keselamatan dan kebersihan perlu diutamakan.. jadi timbul idea untuk membuat pelantar kayu. menggunakan kayu terpakai yang telah lama disimpan hasil kerja2 ubahsuai rumah jiran sebelah, en.ali. selain itu dapat kurangkan kesesakan bahan2 kerja didepan umah.. hehehe.. lepas nie kena gosok kertas pasir n apply kemasan syelek or varnish.. baru cantik.

Majlis Pelepasan 100 Benih Ikan Talapia Merah (30/9/2010)

Setelah sekian lama dok mencari benih ikan talapia.. akhirnya berjaya temui tempat jualan benih ikan yang terletak di hulu langat berhampiran pekan hulu langat batu 18.. kalau tak silap ' Langat Fish Farm'.. berkebetulan satu jalan untuk mesyuarat projek MRSM Kuala Klawang pada semalam.. sebelum ni x perasan pulak ye.. jadi terus singgah n beli 100 ekor setelah dicadangkan oleh empunya farm itu.. ntah buleh muat ke tak pada mulanya dok fikir.. memandangkan harga hanya 30 sen sekor.. means 100 x 30sen = rm30.. kira oklah... itupun dah besar sikit dalam saiz panjang 2", lebar 1"-1.5" lebih kurang.. tambahan rm10 untuk makanan.. yelah.. beli 100 belum tentu hidup semua kan.. semalam pun dah 2 ekor mati.. pagi tadi Alhamdulillah x ada lagi yang mati..


sesi bergambar bersama 100 benih ikan talapia merah.. peace!!

sekali lagi.. peace!!


suasana meriah dalam kolam..

meriahnya.. cuba bayangkan kalu dah besar nanti.. buleh buat BBQ nie..

Orkid Air

kembang mekar dipagi hari.. cantik sangat.. orkid air

BOTANIC GARDEN (UPDATE 23/9/2010)

setelah sekian lama do bertungkus lumus menyiapkan kolam ikan.. walaupun masih belum siap sepenuhnya.. disebabkan oleh dah tak tahan sangat.. akhirnya diusahakan juga agar ianya beroperasi juga pada 23/9/2010.. huhu.. Alhamduillah.. syukur kehadrat Ilahi atas kehendakNya..

inilah hasilnya.. kolam bersaiz 3' x 3' x 1.5' dalam..

perancangannya nak buat finishing pebble was kat luar kolam, tapi disebabkan oleh budget xde lagi + x sabar2 nak operate kolam coz dah lama test kolam memang x bocor + my wife dok bising sbb depan umah dah x terurus dengan barang pertukangan aku.. huhu.. nasib baik my wife memahami hobi hubby dia yang sorang nie.. hehehe..

kolam ini ada 3 bahagian.. 1 kolam ikan, 2 filter chamber n 3 aquaponic pot..

ini filter chamber yang ada dua bahagian pula,.. 1st compartment untuk air dari kolam utama masuk. aku letak pokok kiambang nie sebagai hiasan dan juga biology filter component. 2nd compartment untuk pump yang akan menyedut air untuk tujuan filter dan circulation. pam x lah besar mana.. cukup untuk sedut air..


air yang disedut oleh pam tadi akan dialirkan ke komponen aquaponik. lubang ditebuk pada batang paip sedut tadi untuk tujuan aliran air kepada tanaman aquaponik.

Bagi komponen aquaponik.. upvc gutter terpakai yang aku perolehi dari jiran sebelah digunakan sebagai pot tanaman. dipasang pada bahagian atas kolam dengan melekatkan pada dinding menggunakan aksesori upvc gutter. bed material aku gunakan clayball.. beli dekat sg buluh.. dijualnya satu guni rm35.. paket kecik x de.. so terpaksa beli satu guni.. balance boleh simpan untuk next projek..

air limpahan dari pot aquaponik akan melimpah dan keluar ke dalam kolam utam melalui overflow pipe yang telah disediakan pada gutter tersebut.

paip sedutan tadi turut dijadikan sebagai salah satu elemen pancuran air pada kolam ini. lubang ditebuk pada paip sebagaiman untuk pancuran air komponen aquaponic.

Alhamdulillah.. kolam dah beroperasi sepenuhnya.. setakat ini hanya ikan kap seramai 5 ekor n anak2 ikan umpan beserta ikan gapi menghiasi kolam ini.. planning nak bela ikan talapia.. huuhu.. InsyaAllah..

Next project!! bila nak mula daa... projek pergola n wakaf kat sini.. my wife dok tanya2 bila nak start.. sbb banyak sangat dah harta dok bertimbun kat sini.. hhehe..


Balik Kampung Bulan Ramadhan 2010




cerita lama tapi baru nak publish.. huhu.. x sempat nak update blog. maaf banyak-banyak. bulan puasa lepas pada 21/8/10 - 23/8/10 sempat jugak balik kampung sebelum balik raya untuk berpuasa bersama family kat kampung. kebetulan musim buah kat kampung.. sempat jugak merasa petik buah untuk dibawa balik ke KL..

ini buah dokong yang parent aku tanam kat belakang umah.. memang banyak dan x terlarat nak makan. almaklum bulan puasa.. lagi la x terlayan.. kalau anak2 balik kg bulehlah jadi tukang perabis daripada dok jadi baja tanah sesaje. maklumlah harga dokong kat kelantan jatuh mendadak.. 60 sen sekilo pemborong amik dari tuan punya pokok.. tolak 30sen upah panjat, dapat 30sen jen sekilo.. tapi bab buah dokong nie memang best.. rasa ketagih bila makan, manis betul..


yang nie pulak buah rambutan.. jenisnya kalau kat kampung aku dipanggil 'che embong'.. aku pun tak tahu sbb apa dipanggil sedemikian rupa.. anak2 aku suka especially 'iman'.. penggemar buah2an tempatan.


buah 'katak puru' atau 'nam-nam' pun ada kat belakang umah aku.. syok bila buat 'colek'.. masam2.. terangkat lebih2 lagi makan time bulan puasa.. huhu..

semua buah2 nie aku angkut bawak balik kat KL.. buleh berkongsi ngan sedara-mara n jiran tetanggga kat KL.. huhu.. walau hanya singkat balik.. tapi cukuplah mengubat rindu mak ayah kat kampung.


syamin bersama tok ma sebelum bertolak balik KL..


tok ma n tok bah n syamin.. ceria sebelum bertolak balik

tidak lupa.. ikan kaloi kesayangan tok ma.. hampir 5 tahun dah umurnya.. besar betul

haa.. yang nie cuba teka apa benda yang berjaya aku bawak balik KL.. hehehe.. yang nampak macam batang kayu tu ialah benih pokok 'beko'.. plan nak tanam kat depan umah.. buleh makan pucuk buat ulam.. satu lagi anak pokok dokong.. ntah kat mana nak tanam.. tapi sayang.. x sempat nak tanam.. dah mati kekeringan.. jawabnya kena ambik lagi la..

perjalanan pulang ke KL agak memenatkan coz kali nie aku pilih gerak siang hari.. nasib baik wife boleh bawak kete.. so bergilir le.. tq sayang.. so dari bentong to KL my wife tolong drive.. Alhamdulillah
sambil-sambil tu.. aku kena ambil alih melayan anak2 kat belakang.. kena layan 3 beradik.. boleh tahan jugak..

imanina melayan minum air mineral.. aina melayan gula2.. syamin melayan plastik 'rok-rak'.. hahaha..


sesi bergambar ambik sendiri dalam kereta..


alahai kakak n syamin.. caring sangat..


apa tu iman?..

Alhamdulillah! kami sekeluarga selamat sampai ke rumah di Taman industri Bolton!!