Monday, July 30, 2012

Bunga Sulung Peria Katak Aquaponics

Alhamdulillah..
Kuntuman sulung bunga peria katak aquaponics sudah kembang mekar.

inilah rupanya. gambar direkod pagi tadi sebelum bergerak ke pejabat.

Ini pula rupa kuntuman sebelum kembang yang direkod pada 2 hari lepas.

P/S :
Ini yang pertama dan harap-harap more to comes..

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Pokok Kacang Hijau

Ini dia rupanya pokok kacang hijau yang ditanam hasil cambahan projek sains iman.
Tanam sekadar untuk support anak-anak.

P/S:
Mudahan mereka juga berminat utk berkebun jua nanti..
InsyaAllah

Ikan Keli Untuk Menu Buka Puasa

Alhamdulillah...
Kali pertama harvest ikan keli untuk dijadikan menu juadah berbuka puasa. 8 ekor dikorbankan kali nie. memang dah plan untuk harvest bulan puasa ni.

Tangkapan pertama

Acara sembelihan.

P/S
Ikan keli belaan sendiri lebih meyakinkan berbanding yang dijual di pasar.

Thursday, July 26, 2012

Menuai Kubis Bulat Aquaponics

Kobis Bulat  yang ditanam secara aquaponics dah sedia untuk dituai.

Syamin yang teruja bersama tuaian kobis bulat

Iman pun nak bergaya dengan kobis..

P/S:
Alhamdulillah..
Walaupun hasilnya taklah sebesar mana tapi cukuplah untuk sekali makan bersama keluarga. Baki keratan kobis diberi kepada jiran untuk santapan sang arnab belaannya.

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Cili Api Sudah Mula Keluarkan Hasil


Alhamdulillah.
Setelah sekian lama menunggu. Cili api dah mula membuahkan hasil. sedang elok untuk bulan Ramdahan. ada 3 pokok semuanya dalam planter box. selepas ni dah tak payah beli kat kedai dah. nak je, terus petik je.

P/S:
penyek je dalam budu.. pergh.. memercik air liur!!

Aquaponic Updates [July 2012]

kobis bulat sudah sedia untuk dituai dan kacang panjang sedang galak memanjat.


Ini pula peria katak yang baru mula memanjat.

P/S :
Mudahan kali ni membuahkan hasil kerana percubaan sebelum ini untuk petola dan kacang botol gagal membuahkan hasil. InsyaAllah.

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Ikan Keli Bekalan Ramadhan


Alhamdulillah. Ikan keli yang deibela untuk bekalan Ramadahan sudah pun membesar dan ada sebahagian sudah sedia untuk menjadi santapan kami sekeluarga. hihi. benih 100 ekor dibeli bulan 5 yang lepas dan telah pun berusia 2 bulan. insyaallah this wekend boleh mula sembelih untuk menu buka puasa. Gambar diambil pada 2 minggu lepas semasa acara pembersihan kolam.

P/S :
Salam Ramadhan Kareem & Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Iman & Projek Sains

Bulan lepas Iman pulang dari tadikanya dengan membawa pulang hasil projek sainsnya. Cambahan kacang hijau. cukup seronok. sebagai penghargaan kepadanya, cambahan tersebut telah ditanam. dan kini dalam proses pembesaran. updatenya akan saya post akan datang.

p/s : 
mohon maaf sebab dah lama tak update this blog. banyak perkara untuk diselesaikan. Mudahan hari mendatang akan digagahi untuk update.