Monday, November 29, 2010

Video Update : Talapia (29.11.2010 - hari ke-60)

video
buat tatapan semua.. video ini dirakam tengahhari tadi.. menggunakan camera hanphone nokia N73. harap clear n kalau x clear pun x bleh wat ape.. hehehe..

Monday, November 15, 2010

Update : Talapia Merah (end 2/11/2010)

Setelah sekian lama, hampir sebulan lebih selepas pelepasan benih ikan talapia, akhirnya hari ini berkesempatan update perkembangan mereka.


30/9/2010 :
Hari Pertama Pelepasan air masih bersih dan jernih.
bilangan mati : 3 ekor

11/10/2010 (hari ke 12) :
air mula kekuningan tapi masih jernih.. ikan aktif
ikan mati : +/- 15 ekor..
mungkin terlalu padat atau kualiti air kurang meyebabkan kandungan oksigen terlarut rendah.



31/10/2010 (hari ke-32):
bilangan mati : +/- 25 ekor..
secara puratanya sudah mencecah saiz dua jari dan panjang hampir 3 inci..
namun ada juga mengalami pembesaran luarbiasa dan ada juga yang terbantut.



2/11/2010 (hari ke-34):
Feeding Time..

Alhamdulillah.. so far ikan2 masih aktif dan usaha meningkatkan kualiti akan akan diusahakan secara berterusan. Sistem pam juga perlu dinaiktaraf bagi menghadapi kemungkinan terputus bekalan letrik etc. InsyaAllah akan update lagi kemudian.

Dekorasi Baru D.I.Y : Pagar Kayu

Setelah sekian lama terbengkalai projek pagar kayu.. Alhamdulillah, akhirnya pada 30/10/2010.. dekorasi terbaru, pagar kayu dapat disiapkan..

Pagar kayu yang telah disiapkan sendiri dengan menggunakan kayu terpakai



terdahulu pagar chainlink asal telah dipotong dan dinding bata didirikan sebagai sebahagian planter box untuk tanaman bahagian dalam dan luar akan datang .. kerangka kayu dipasang menggunakan kayu 2"x 3" terpakai sediada masih dalam simpanan


Kelengkapan kerja : tukul, paku, gergaji, timbang air
bahan-bahan kerja : kayu papan terpakai (penyokong katil), pvc netting
Pembantu : Imanina.. setia menyokong usaha papanya..


kayu papan dipotong mengikut ukuran ketinggian yang diperlukan.


Kayu pagar yang telah siap dipotong dan sedia untuk dipakukan pada kerangka.


PVC netting dipasang terlebih dahulu bagi tujuan menghalang binatang perosak spt tikus dll. masuk menerusi celahan pagar nanti.

Pagar yang telah siap. Tinggal finishing je lagi..

Pandangan dari dalam..
Next Project : Planter box yang belum disiapkan lagi. tinggal kemasan dan tanam semula..


Sendiri Tanam, Sendiri Makan : Bayam Hijau

Alhamdulillah.. berkat berbudi kepada tanah yang tidak seberapa.. dapat jugak merasa hasil titik peluh sendiri dalam percubaan tanaman bayam hijau.. kalau tak silap kali ni dah kali ke-2 hasil dituai untuk menu santapan keluarga. seronok juga sekali sekala dapat makan sayur-sayuran hijau organik tanaman sendiri.. sambil2 mendidik anak2 minat untuk memakan sayuran especially anak dara sulungku, Aina.. susah betul nak makan sayur. lagipun masa tanam dulu pun sama2 tanam dengannya.. so dia pun excited nak makan..


bayam hijau dalam kotak tanamaku.. sedia dituai.. banyak lubang2 dek ulat sayur


dapat segenggam.. cukup untuk sekali makan.. jimat rm1.00

sayur bayam siap dipotong sedia dimasak


Siap satu menu masakan sendiri untuk santapan keluarga : Sayur Goreng Bayam + Carrot + fishball..