Friday, November 18, 2011

Aquaponics Update [18.11.2011]

Rasanya dah lama tak update set aquaponics.. maklumlah set yang kecik, so tak banyak boleh nak cerita sangat. so far, saya dah upgrade sedikit dengan menambah satu lagi growbed yang turut berkongsi sumber yang sama. sekarang dah jadi 'rumah' tiga tingkat. hihi.. dan satu lagi saya mengubah cara tanaman dengan menggunakan pasu. just amik idea dari bro mahfudz.. hihi..

Overview sistem sekarang.. 

deretan pokok bendi (okra) di dalam growbed yang baru. 

Pokok Pudina (mint) dah stabil dan hidup subur. dah dua kali petik letak dalam hidangan Teh 'O'

Pokok Sambung Nyawa yang baru disemai sudah stabil

Daun Kesum yang baru disemai juga menampakkan hasil yang positif..

Satu-satunya Pokok Kailan Hong Kong.. dah mula nak berbungan.. daunnya agak kekuningan disebabkan sistem tak berapa stabil sebelum ini.

Ok. itu sahaja buat kali ini.. 

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Tuesday, November 15, 2011

Percubaan : Ikan Keli

Setelah sekian lama bertangguh, akhirnya pada 5.11.2011 (Sabtu) projek percubaan ikan keli dapat dimulakan. ini memandangkan ikan talapia tinggal 6 ekor je dalam kolam kat rumah dan lokasi pilihan semestinya Langat Fish Farm. Kali ini bawak satu family.. huhu..


Wife dan 3 puteri yang excited tengok benih keli dalam takungan

70 ekor benih keli pada kadar RM0.10 seekor

Benih keli dan stok makanan, RM10 satu paket @ 2kg


Acara bukak bungkusan.. 

Anak2 yang teruja sekali

Acara Pelepasan 70 ekor Benih Ikan Keli

Mudah-mudahan berjaya. Lagi 2 bulan kita pakat buat BBQ ikan keli..