Wednesday, May 4, 2011

Kompleks Sukan Paralimpik : Under Construction

21 April 2011 yang lepas, berkesempatan attend site meeting bagi projek kompleks sukan paralimpik yang pertama di Malaysia yang masih dalam pembinaan yang terletak di Kg Pandan, Kuala Lumpur.. ini kali pertama jejakkan kaki ke tapak projek ini. sebelum ini hanya involve peringkat Pre Kontrak sahaja. projek under kementerian Belia dan Sukan.. kompleks ini bernilai lebih kurang 50 juta.. besar betul.. mengandungi 1 blok sukan, 2 blok asrama, 1 blok pentadbiran dan 1 surau.. direkabentuk menepati keperluan atlet Paralimpik..

Pandangan dari tepi Blok Sukan

Pandangan dari dalam Blok Sukan.. kelihatan kolam renang yang telah siap binaan strukturnya dan sedia untuk kerja kemasan. Blok sukan ini menempatkan kolam renang, gelanggang goal ball, Bola Keranjang, Bola Tampar dan gelanggang serbaguna.. yang lain dah lupa.. hehehe..

InsyaAllah.. dijangkakan bulan November 2011 akan siap.. kita nantikan hasilnya nanti..

P/S:
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

No comments: