Thursday, December 2, 2010

Percubaan set Hidropic DIY : Tomato Ceri

Baru-baru ni pengubahsuaian set aquaponic dibuat dengan menambah lagi satu tingkat menggunakan baki UPVC Gutter sediada. Namun timbul idea untuk aplikasi kaedah hidroponic pulak. Walaubagaimanapun, ia tetap menggunakan flow yang sama sebagaimana aquaponic sebelum ini. Hasilnya seperti ini.


Pada Awal pembikinan, paip melalui tepi gutter tersebut dan ia memaksimumkan bilangan pot tanaman. namun ia menyukarkan kerja-kerja pembersihan, satu pot terpaksa dikorbankan bagi memberi ruang filter box yang mana senang utk penyelenggaraan nanti. Tanaman tomato ceri dipilih bagi tujuan ujian. sebelum ini benih kailan ditabur tapi gagal untuk tumbuh. maybe benih x elok. lagipun beli kat kedai RM2 je.. hehehe.. kali ni beli betul2 kat kedai jual keperluan pertanian.



Alhamdulillah.. tengah hari tadi sempat menjenguk dan didapati benih telah bercambah. Maknanya benih kailan sebelum ini betul2 rosak. moralnya kena beli yang elok baru hasilnya elok. hehehe..


ini pula set aquaponic pada bahagian bawah. cuba tanaman kangkung. so far dah tumbuh. harap2 subur.

2 comments:

d u t a said...

KADA cawangan gombak ke!

merantau said...

sememangnya benih dari kedai rm2 tuh banyak penipu.. beli benih lain kluo pokok lain..hampeh...