Thursday, April 28, 2011

Gambar Hari Ini : Bunga Halia Siam


Halia Siam.. Nama yang diberitahu oleh pemilik nursery masa dia promote saya beli pokok nie.. Nama saintifik pon saya tak tahu.. ia tergolong dalam keluarga halia jugak rasanya.. baunya wangi.. dulu decide nak tanam pokok nie adaah untuk mewujudkan bauan wangi dihalaman rumah bagi mengimbangi bau dari tong sampah kat luar.. bunganya bagai sejambak sebab ia memounyai kuntuman kecil yang berasingan. jadi untuk sejambak tersebut ia mampu bertahan lebih kurang 3-4 hari dan kuntuman bunga keluar beransur ansur bukannya secara serentak..

P/S:
SEKALI SEKALA BERCERITA PASAL BUNGA PUN OK JUGAK RASANYA..

Edible Garden : Ulaman Di halaman Rumah

Konsep Edible garden adalah konsep lanskap dan pemilihan jenis tanaman di halaman rumah. Ia amat berguna dan tak perlu bersusah untuk membeli di pasar.. hanya pelu petik sahaja bila perlu..berikut adalah antara pokok ulam-ulaman yang ada dihalaman rumah saya.

Ulam Raja : ditanam dalam set aquaponics.. dikatakan berkhasiat dan baik untuk rahim bagi wanita

Daun Kesum : ditanam secara atas tanah dan juga dalam set aquaponics.. biasanya digunakan dalam masakan  spt asam pedas. turut digunakan sebahagian dalam ulaman nasi kerabu mahupun laksa. saya juga turut amalkan makan terus bersama nasi.. sedap juga.. terasa pedas-pedas sikit.. boleh cuba..

Pucuk Ubi Kayu : Ada 3 pokok semuanya.. benih diambil dari kampung.. dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang..

Pucuk Kari : mungkin pelik bagi yang tak biasa.. jika dicuba rasanya enak juga.. terasa kari bila dikunyah

Ulam Raja : boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam dan boleh juga dibuat kerabu..

Pucuk Kedondong : Mungkin pelik bagi yang tak biasa.. tapi jika dicuba pasti terkejut.. rasanya enak sekali.. sedikit masam-masam rasa seperti buah kedondong.. pucuknya lembut sekali.. enak dimakan terus mahupun bersama nasi sebagai ulam..

P/S :
BERKHASIAT DAN MENJIMATKAN LAGI MENYIHATKAN!!!

Go Green! Go Organic! Go Aquaponic!

Tuesday, April 26, 2011

Aquaponic : Percubaan Kacang Botol


Dah lama dah growbed ni kosong lepas habis musim kacang buncis.. 8.4.2011 lepas dah disemai benih kacang botol (triangle beans) yang dibawa dari kampung.. tapi untuk semaian kali pertama agak mengecewakan kerana hanya 2 benih je bercambah.. lalu di semai benih tambahan then hanya satu je tumbuh.. semalam aku habiskan je benih yang ada.. mungkin benih dah rosak.. itupun 2 pokok awal semacam bantut.. daunnya semacam cer..  hanya 1 pokok yang tengah semaian kali ke 2 nampak sihat.. tunggu perkembangan benih yang lain dulu then mungkin kena buang lah jawabnya yang tak sihat..

p/s : 
TAK SABAR NAK MAKAN ULAM KACANG BOTOL

go green! go organic! go aquaponics

update : Raft System [26.04.2011]


Ini dia update terkini DIY Raft System.. gambar pagi tadi masa nak pegi kerja.. warna hijau dah mula mewarnai filter chamber.. tapi ada beberapa pot yang tidak bercambah benihnya.. antara faktor yang dapat saya pelajari ialah jangan bagi benih berendam dalam air.. elakkannya kerana ia boleh merosakkan benih dan membantutkan pertumbuhan biji benih.. jadi isikan LECA dalam pot hingga ke paras air.. then barulah diletakkan benih di atas lapisan tisu bagi elakkan daripada tenggelam.. lepas itu cover balik dengan LECA semula. bagi pot yang tidak tumbuh saya cuba letak benih Kailan hong kong.. kita tunggu je perkembangannya nanti..saya dapat rasakan kali ini Pak Choy akan lebih berjaya.. InsyaAllah..

p/s mintak maaf buat rakan-rakan aquaponics malaya sebab lama tak update.. especially bro mahfudz!!.. hehehe.. 

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Aquaponics : update Pak Choy [26.04.2011]


Jika dikira hingga ke hari ini,.. almost 6 minggu dah usia pak choi nih..iyelah.. 19.3.2011 tarikh transplant benih.. pokok tidak gemuk mana dan kurus meninggi.. mungkin jarak terlalu rapat dan persaingan untuk mendapatkan cahaya matahari.. mungkin sistem tak matang.. mungkin benih pada awalnya dah terbantut.. jadi  mustahil nak jadi baik semula.. apapun percubaan pertama ini tetap dikira berjaya.. so lepas ni kena dapatkan kit bagi mengetahui tahap kematangan sistem yang ada sekarang ni.. kena ukur ph dan kandungan nitrate.. banyak lagi nak kena belajar...

BAK KATA PEPATAH.. 
KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG, MAKAN DAPAT SAGUNYA..
KALAU TAK CUBA TAK TAHU!!!

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

skaf untuk Aina & Iman

Dah lama dah mama dok bising yang rambut dua beradik nie makin panjang.. papa je x sempat nak jadi tukang gunting.. lagipun skrg hari sabtu adalah hari bekerja bagiku kini.. sambil tu diorang pun tak nak potong rambut.. jadi kebetulan pegi Carefour n singgah kat kedai lalu mama belikan diorang skaf..  baru la nampak kemas.. kalu tak asyik kena tocangkan rambut diorang.. hehehe.. xpe.. comey!! InsyaAllah nanti akan diuruskan acara trimming untuk ketiga-tiga princess yang comey ini!!

iman yang malu malu dengan skaf birunya..

Kakak dengan skaf PINK!!.. pantang bergambar..

Nie pun sama.. ada saje aksinya

okeh.. SENGIH!!

at last.. CAMIN yang kena dok dalam troli..hehehe

CEPAT BETUL MEMBESAR ANAK-ANAK PAPA NIH!!
LOVE U ALL!!

Tuesday, April 12, 2011

Aquaponic : DIY raft system [ Replace Growmedia]

 percubaan pertama sebelum ini menggunakan cotton sebagai growmedia untuk sistem raft GAGAL.. jadi cotton tidak sesuai!!.. ia menghasilkan bau busuk seperti air rendaman pakaian.. jadi tukar media yang lain..

Gunakan LECA.. masukkannya pada bahagian dan bahagian atasnya diletak lapisan tisu bagi semaian benih..

Biji benih diletak atas permukaan tisu tadi.. saya masih gunakan Pak choi.. sebab benih tu je yang ada..

Satu lagi lapisan tisu bagi menutup benih tadi

Seterusnya diletakkan bijian LECA pada permukaan tisu tadi.. ia juga bertindak sebagai pelindung tatkala hujan..

HARAP-HARAP BERJAYA!!
INSYAALLAH!!

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Aquaponic Garden Update [08.04.2011]

Sekadar untuk update berdasarkan gambar yang diambil pada 8 April 2011 yang lepas untuk dikongsi bersama..
Pak Choi makin membesar.. tapi kurus meninggi n kena support dengan menambah LECA.. mungkin lepas nie kena transplant semula.. tunggu dan lihat.. ataupun masuk kuali terus.. hehehe

Untuk growbed atas.. pokok kangkung masih dikekalkan.. tambahan daun kesum dan plan nak letak daun sup dan daun bawang..

Ulam pegaga air.. pemeberian en rahisham.. subur diletak di kawasan Bell valve..

growbed bawah disemai benih kacang botol bagi menggantikan kacang buncis..

RASANYA MACAM SIKIT PULAK PRODUCTION.. 
KENA BUAT SESUATU!!

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

Wednesday, April 6, 2011

Aquaponic : DIY raft system

melihat pada sistem rakit (raft system) dalam Aquaponics.. terlintas untuk apply pada filter chamber.. apa salahnya kalau mencuba.. Apa lagi menDIYkan lee..


1. Polysterine lebihan dalam simpanan dipotong mengikut saiz chamber
2. Lubang dibuat berukuran 1.5".. potong pakai pisau.. hasilnya x berapa kemas tapi muat utk cup.

Saya recycle jelly cup.. buat lubang dengan panaskan paku je..

ini hasilnya.. jelly cup dimuatkan pada lubang polysterine.. 

Penat memikir nak letak apa dalam cup tuh.. dok cari berus mop yang lama rasanya dah terbuang..then my wife suggest guna kapas yang ada n x pakai pun.. so apa salah mencuba..

Selepas siap letak lapisan awal kapas.. mulalah letak benih.. plan nak letak lobak.. tapi benih x de.. ada benih pak choi je.. belasah je la.. kita tengok je hasil nanti..

tutup dengan selapis kapas pada permukaan benih..

INSYAALLAH.. 
MUDAH-MUDAHAN PERCUBAAN INI BERJAYA!!

Go Green! Go Organic! Go Aquaponics!

[02.04.2011] CIC Sport Day : Aina' Irdina

,sabtu lepas 2.4.2011.. ada sport day tadika anak sulung, Aina.. seawal 7.30 pagi kena bertolak sebab pkul 8.00 pagi dah start acara.. tapi macam biasa terlajak x leh nak elak coz jauh dari gombak nak ke putrajaya.. sesampai je dah start acara chicken dance.. xpelah..

Sempat jugak join perbarisan walaupun perbarisan keluar.. hehehe

cian kakak.. awal pagi yg ngantuk.. kena support bagi makan n minum bagi bertenaga..

pagi yang agak panas.. mama, iman, camin n cik yu kena duk kat astaka.. 

muka tension je kakak.. tunggu turn acara nak bermula.. kesian kakak

iman pun x sabar2 nak tengok kakak dia main.. walaupun panas makin terik

acara nak bermula.. kakak mcm x bermaya.. bosan + panas..

Video acara...

Camin yang x dok diam kat astaka

Acara penyampaian hadiah.. Beratur,.. group kakak dapat no.2

rumah kuning dapat no.2.. no1 rumah merah

menerima hadiah

baru happy lepas dapat hadiah..

apa lagi.. balik umah lee..

Acara gambar keluarga.. hehehe..