Wednesday, February 16, 2011

Upgrade : Kacang Buncis [French Beans]

Memandangkan pokok kacang buncis makin meriah menjalar dan berkembang, penyokong yang sedia ada dah tak mampu menampung perkembangan tersebut. Jadi kena la upgrade, lagipun masih ada space lagi. So semalam cuti umum Maulidur-Rasul, sempat jugak luangkan masa sikit.

Inilah hasil naiktaraf tersebut. harap2 pokok tuh dapat berkembang sebelah sini pulak

Setakat nie aku dapat kesan 5 biji buah dah keluar. Harap2 makin banyak akan keluar nanti.

Nie pulak aerial view kolam ikan n set aquaponik aku. Snap dari atas tangga masa buat kerja naiktaraf support kacang buncis.

Thursday, February 10, 2011

Koleksi Penziarah Halaman

Sebenarnya yang seronok bila ada taman di halaman rumah selain hasilnya adalah penziarah2 yang menyerikan halaman kita. ini adalah antara koleksi yang semoat saya rakamkan sepanjang usahakan laman mini kat umah.


Sang Rama-Rama Menghisap Madu Sang Bunga Kedondong 



Sang Belalang Kuning Bertenggek di tiang penyokong pokok kedondong. Membesar disitu dengan memakan daun kedondong yang sedap kot.

Ini tetamu apa ntah dia buat. kat kg dipanggil Pok Ko!!

Masih ada lagi tetamu yang hadir tapi tak sempat nak snap gambar diorang.. antaranya burung ketitir dll.. insyaAllah kalau berkesematan akan dipaparkan kemudian

Wednesday, February 9, 2011

Update : Edible Garden 8 Febuari 2011

Setelah sekian lama tidak menulis, sekadar menjengah sekali-sekala sahaja dan tak berkesempatan untuk update apa-apa. Telah banyak perubahan dah berlaku kat kebun mini depan rumah.. hehehe
pandangan keseluruhan komponen aquaponic.

 yang ini pulak pokok kacang buncis yang tengah meriah memanjat

 Alhamdulillah.. kacang buncis mula keluarkan putik sulung

pokok sambung nyawa subur dalam growbed 

pokok tomato dan kangkung dalam pot hidroponic 

ini sampel ikan talapia dalam kolam.. dah berumur 4 bulan dah.. masih bersaiz sederhana

 yang nie kecik sikit.. pembesaran agak tidak sekata

 
Buah malberi kali ke-2 telah masak.. Alhamdulillah.. kali ni besar sikit buahnya. Telah dicantas semula dan sedia untuk keluar putik peringkat ke-3 pula.